Dua hari lepas, agent saya message saya tanyakan kepastian tentang gambar yang tersebar tentang makanan yang tingkatkan mucus production pada anak terutama ketika anak selsema.
.
.
Sebenarnya saya taklah ambil berat sangat mengenai benda ni sebab saya memang kalau benda tu tak make sense memang tak buat. Tapi bila mengenangkan ramai yang betul-betul praktis maka saya rasa saya patut beri satu kenyataan kut.
.
.
Sebenarnya elakkan milk dan dairy adalah MITOS semata-mata. Ini adalah kira macam dekat negara barat tu mitos yang turun temurun dari nenek moyang mereka. Sebabnya bila minum susu atau dairy product mereka akan rasa macam likat-likat sikit kat tekak (thickened).
.
.
Namun, setelah dibuat kajian di mana mereka expose kan diri dengan rhinovirus-2 sejenis virus pencetus symptom macam selesema, demam…dan subject minum antara 0-11 gelas susu. ok kita tak nak cakap technical part of the research.
.
.
Keputusannya takde beza pun mukus yang dihasilkan ketika tak minum susu, minum sikit susu atau minum banyak susu setiap hari. Bukan satu study je ni…beberapa study pun tunjukkan keputusan yang sama je.
.
.
So, mak mak continue je bagi anak milk dan dairy products sama ada anak sihat atau pun tak sebab tiada research kata benda ni jadi punca anak batuk dan selesema makin teruk. Lagi-lagi milk dan dairy sangat penting untuk tumbesaran anak.


..
.
Bantu saya SHARE kan benda ni pada ibu-ibu yang lain. Especially dalam group-group di mana banyak penyebaran gambar tersebut.
.
.

#raising_happy_healthy_kids
.
.

[ Dr Amalina Mohd Daud ialah seorang bekas doktor perubatan yang kini mengusahakan perniagaan makanan bayi berkhasiat di bawah jenama Toddible. Ibu kepada 2 orang putera yang sangat ‘passionate’ dengan ilmu kesihatan dan penjagaan anak kecil ini rajin menulis dan menyebarkan ilmu yang betul kepada masyarakat ]