Sedarkah kita bahawa cara yang selalu yang selalu kita amalkan semasa menukar lampin (atau bahasa kebiasaan di Malaysia ‘pampers’) sebenarnya berisiko dan membahayakan bayi?

Topik ini selalu dianggap remeh, tetapi kalau kita sedar betapa bahayanya amalan kebiasaan kita selama ini, pasti kita juga mahu mengubah kaedah kita menukar lampin.

Di dalam video di bawah ini, Dr John Edwards menerangkan dengan jelas sebabnya.

Amalan biasa iaitu dengan menolak kaki sehingga lutut bayi rapat ke dada sebenarnya memberi tekanan yang tinggi ke pada tulang belakang yang pada masa itu masih belum sempurna pertumbuhannya.

Kaedah menolak bayi dari sisi ini amat tepat sekiranya anak-anak berumur di antara 0 ke 6 bulan.

Bila usia lebih daripada itu , bolehla diteruskan dengan cara biasa (kerana tulang dan tulang bayi sudah kuat)

dan bayi yang sudah besar juga memang tak duduk diam semasa proses nak menukar lampin ini; terutamanya bayi lelaki! 🙂