Bagaimana untuk kenal pasti anak anda sudah boleh terima makanan pejal?

Home » Tateh Blog » Bagaimana untuk kenal pasti anak anda sudah boleh terima makanan pejal?

Bagaimana untuk kenal pasti anak anda sudah boleh terima makanan pejal?

Bagaimana untuk kenal pasti anak anda sudah boleh terima makanan pejal?

Sewaktu bayi telah menjangkau 4-6 bulan, biasakan bayi anda dengan makanan bayi bagi membiasakan bayi dengan struktur dan rasa makanan. Bagaimana nak tahu bayi anda sudah boleh terima makanan bayi? Berikut adalah tanda-tandanya.

  • Berminat dan memerhati makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

 

  • Mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

 

  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.

 

  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, anda harus berbincang dengan pakar pediatrik anda.

 

  • Gerakkan mata si bayi

Bayi sudah mampu untuk menyelaras pergerakan mata untuk mengenalpasti sesuatu makanan, tangan akan                menyentuh serta memegang makanan dan akan memasukkan serta akan cuba mengunyah makanan tersebut              dengan sendiri tanpa bantuan.

 

  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi kanak-kanak jenis tinggi itu boleh digunakan apabila dia sudah pandai duduk sendiri.

 

Sedikit info, masa yang terbaik untuk memberikan anak anda makan makanan pejal buat kali pertama ialah pada waktu pagi atau petang. Memperkenalkan makanan baru pada waktu malam adalah tidak digalakkan kerana bagi sesetengah bayi jika mengalami alahan pada makanan itu pada waktu malam agak sukar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya berbanding pada waktu siang.

 

By |2018-03-26T15:33:03+00:00March 26th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment