Ibu mengandung tak boleh makan durian?

Home » Tateh Blog » Ibu mengandung tak boleh makan durian?

Ibu mengandung tak boleh makan durian?

Tiada kajian saintifik dilakukan samada durian selamat dimakan ketika hamil ataupun tidak. Walaubagaimanapun, berdasarkan kandungan buah durian itu boleh diambil sebagai rujukan.

Berat badan bayi besar

Kandungan kalori dan glukosa yang tinggi dalam durian akan meningkatkan kemungkinan untuk perut anda membesar kerana berat badan bayi anda yang besar. Hal ini akan menyebabkan kelahiran secara normal tipis. Kemungkinan pembedahan caesarean sangat tinggi. Oleh itu kurangkan kandungan glukosa dalam makanan.

Glukosa

Selain daripada berat badan bayi besar, kandungan glukosa yang tinggi juga akan menyebabkan diabetes. Kawal pemakanan anda, jika anda sudah terkena diabetes, akan timbul komplikasi terhadap kehamilan dan bayi.

Tekanan darah tinggi

Buah durian juga mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam ibu mengandung boleh menyebabkan pembuluh darah sempit. Apabila pembuluh darah sempit secara langsung akan membahayakan kesihatan janin. Janin akan kekurangan oksigen kerana aliran darah tidak lancar daripada ibu hamil ke bayi. Bayi akan kekurangan oksigen menyebabkan dia lemas dan pergerakan tidak aktif.

Badan panas

Sewaktu awal usia mengandung adalah sangat dilarang untuk memakan durian. Kandungan durian akan menyebabkan panas  di dalam rahim. Janin tidak mampu bertahan dengan suhu yang panas hal ini akan menyebabkan keguguran.

Kontraksi

Kandungan asam arachidonat dalam durian boleh merangsang pengeluaran prostaglandin. Prostaglandin ialah senyawa yang merangsang kontraksi pada rahim anda. Kemungkinan besar boleh menyebabkan keguguran.

Kesimpulannya, kalau dah mengidam, makan sahaja, tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Seulas dua. Walaubagaimanapun, boleh makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi jangan terlalu kerap. Minum air kosong selepas makan durian. Ianya dapat me’natural’kan rasa panas dalam badan dan gula yang berlebihan yang terkandung dalam durian.

By |2018-03-28T15:04:27+00:00March 28th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment