Kekal Cantik Ketika Mengandung

Home » Tateh Blog » Kekal Cantik Ketika Mengandung

Kekal Cantik Ketika Mengandung

 

Mengandung boleh menjadikan anda seorang wanita yang sangat jelita. Jjangan takut untuk mengandungi. Seri ibu mengandung lebih cantik. Dengan semua perubahan yang berlaku kepada badan anda, terdapat banyak bonus kecantikan yang membuat anda kelihatan menarik dan menawan. Peningkatan dalam kuantiti darah akan menyebabkan muka anda akan kelihatan lebih berseri-seri. Namun tidak kurang juga ada yang menderita mengalami masalah jerawat semasa mengandung. Selain daripada emosi, hormone si ibu mengandung juga kadangkala tidak stabil.

Cuci Muka Selalu

Mencuci muka adalah sama penting dengan menjaga kebersihan. Apabila anda terjaga dari tidur, percikan muka dengan air sejuk (jangan gunakan sabun, pencuci muka dan lain-lain). Kemudian anda boleh menggunakan pencuci muka selepas setengah jam. Basuh muka anda setiap kali selepas anda keluar rumah. Pembersihan muka, menggunakan toner dan pelembap muka adalah perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk mejaga kulit muka anda.

Ketika membasuh muka, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang bebas daripada minyak. Menambahkan minyak pada kulit hanya akan memburukkan keadaan atau meningkatkan jerawat semasa mengandung. Basuh muka dua kali sehari. Masa terbaik adalah selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Basuh muka dengan cara yang betul.

Selepas mencuci muka adalah penting untuk mengeringkan muka perlahan-lahan. Menggosok muka dengan tuala adalah sangat tidak digalakkan kerana keradangan boleh menyebabkan jerawat dan boleh melukakan kulit muka. Cara yang betul untuk mengeringkan muka adalah dengan hanya menepuk kulit dengan tuala ringan sehingga kulit bebas dari air. Muka juga akan sentiasa lembap.

Elakkan Sinaran Matahari

Mengandung atau tidak, sinaran matahari adalah musuh utama kulit. Ianya sangat berbahaya sehingga ke boleh menyebabkan kanser kulit. Apabila anda berada di luar atau terdedah dengan sinaran matahari, gunakan sunblock, payung, topi, selendang atau apa saja untuk melindungi diri anda daripada pancaran matahari. Maka, penjagaan kulit muka dari matahari sangat penting.

Facial dan Produk Kosmetik

Pastikan petugas facial tahu anda sedang hamil kerana kadangkala ibu mengandung mengalami kulit sensitif. Pemilihan barangan kosmetik sangat penting bagi memastikan ianya tidak membahayakan janin. Bahan kosmetik yang mengandungi campuran bahan kimia yang berbahaya juga membahayakan kesihatan ibu dan janin.

Amalkan Pemakanan yang Sihat

Semua kesihatan dan kecatikan mesti bermula dengan pemakanan yang sihat dan betul. Oleh itu, anda perlu mengutamakan diet yang seimbang seperti kerapkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk memberikan khasiat yang diperlukan untuk kulit. Vitamin A seperti ikan, lobak merah telur dan susu juga penting untuk mengekalkan kesihatan kulit anda. Vitamin A dan E dapat mengurangkan proses penuaan kulit. Maka banyakkan makanan yang mengandungi banyak zat seperti itu.

Air kosong dan Besenam

Banyakkan minum air kosong yang mana sangat baik untuk muka. Bersenam secara efektif dan teratur dapat mencegah tubuh menjadi terlalu gemuk ketika hamil juga akan membuatkan si ibu segar dan sihat. Jantung anda akan berfungsi dengan lebih baik sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar. Tidak perlu bersenam terlalu aktif, senama seperti berjalan kaki, berenang, regangan sudah memadai.

Dapatkan produk-produk kelengkapan ibu dan bayi selaras dengan trend terkini di butik tateh sekarang.

By |2018-03-23T16:21:53+00:00March 23rd, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment