‘Morning Sickness’ Menggangu Kerja?

Home » Tateh Blog » ‘Morning Sickness’ Menggangu Kerja?

‘Morning Sickness’ Menggangu Kerja?

Kebanyakkan wanita mengandung akan mengalami alahan sejak 4-6 bulan kehamilan. 50% ibu akan hilang alahan pada usia 14 minggu kehamilan. Berikut adalah tips supaya sentiasa kuat dan bermaya semasa mengandung.

Letak makanan berdekatan katil

Sediakan buah, biskut atau makanan yang ringan untuk mengalas perut. Antara punca alahann ialah perut kosong ketika tidur malam. Perut kosong akan mengumpul asid perut banyak. Maka, dengan sentiasa menyediakan makanan berhampiran dengan katil dapat mengurangkan rasa lapar dan mengelakkan perut kosong yang akan menyebabkan asid dalam perut.

Elakkan memakan makanan panas, berempah dan pedas

Rakyat Malaysia terkenal dengan makanan yang panas dan pedas yang mana memang sangat sedap. Makanan yang panas dan berempah selalunya berbau kuat. Berdasarkan pengalaman saya, makanan yang mempunyai bau yang sangat kuat, si ibu mengandung akan sensitive dengan deria baunya dan akan mudah loya. Makanan yang berempah dan pedas mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang gastrik. Apabila diserang gastrik akan menyebabkan si ibu mudah loya. Akan tetapi, anda masih boleh memakan makanan pedas kalau itu yang mahu dimakan, sebaiknya minum susu untuk mengurangkan pedas. Oleh itu, makanlah makan yang tidak terlalu panas, kurangkan makanan pedas dan berempah yang dapat mengurangkan asid dalam perut.

Banyakkan pengambilan buah-buahan

Buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat dan zat. Pilih buah yang tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti mangga dan durian. Haaa, musim kan sekarang! Nak makan boleh, makan berpada-pada, jangan makan sampai tak ingat dunia. Pisang elok untuk ibu mengandung kerana kaya dengan mineral, vitamin seperti vitamin B dan juga memberi tenaga untuk si ibu mengandung terutama yang bekerja untuk menjalani rutin harian dengan lebih bertenaga. Tetapi, jangan makan terlalu banyak, makan secara sederhana, kerana pengambilan dalam kuantiti yang banyak sangat bahaya untuk kesihatan kerana buah mengandungi potasium.

Bangun awal untuk bersiap

Kebiasaannya, alahan menyerang ibu mengandung paling teruk setelah bangun dari tidur. Maka, bersedialah awal-awal. Bangun awal. Ambil masa bangkit dari tilam yang empuk sehingga rasa pening itu kurang. Jangan tergesa-gesa bangun dari tidur. Pastikan sentiasa ada makanan sampingan di dalam bag. Kadang kala, kerja yang terlalu banyak membuatkan seseorang itu lupa untuk makan tepat pada waktu.

By |2018-03-27T10:57:52+00:00March 27th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment