ORIGAMI UNTUK  KANAK-KANAK MENDENGAR KATA IBU BAPA

Home » Tateh Blog » ORIGAMI UNTUK  KANAK-KANAK MENDENGAR KATA IBU BAPA

ORIGAMI UNTUK  KANAK-KANAK MENDENGAR KATA IBU BAPA

Origami sampan, kapal terbang, burung pasti biasa dilihat bukan? Ianya adalah aktiviti dan seni menarik yang dilakukan oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Origami (折り紙, Ori bermaksud “melipat”, dan Kami yang bermaksud “kertas”) adalah seni rakyat tradisional Jepun melipat kertas, yang bermula pada abad ke-17 Masihi dan sangat popular pada pertengahan 1900-an dan masih lagi popular sehingga kini. Berdasarkan pengalaman saya di Jepun, melipat kertas (origami) dilakukan setiap hari di kindergarten mahupun sekolah rendah. Ini kerana aktiviti ini dapat melatih kanak-kanak lebih kreatif dan mempunyai daya fikir di awal usia. Dengan menggunakan kertas warna-warni atau kertas kitar semula, pelbagai bentuk boleh dicipta seperti karakter manusia, haiwan, dan juga benda seperti mangkuk, pasu, dan kasut.

Antara faedah origami adalah:

TELITI

Kanak-kanak akan menjadi lebih teliti apabila mereka ingin melakukan sesuatu. Elemen ini sangat penting dalam membuat origami kerana jika seseorang itu tidak teliti origami itu akan menjadi tidak cantik dan tidak berseni. Lipatan kertas mestilah kemas, tajam dan elok.

MUDAH MEMATUHI ARAHAN

Seperti yang anda tahu untuk membuat origami ianya mengandungi beberapa langkah-langkah tertentu untuk membentuk sesuatu. Sesuatu origami itu tidak dapat dibentuk jika melanggar salah satu langkah, dan mereka dikehendaki untuk membuat semula. Pendedahan origami kepada kanak-kanak dapat melatih mereka patuh pada arahan dan lebih mendengar kata.

KREATIF DAN SABAR

Kreativiti sangat penting untuk membentuk sesuatu origami yang kemas dan unik. Walaupun nampak mudah, membentuk sesuatu daripada lipatan kertas sangat memberlukan daya fikiran yang kreatif supaya seimbang dan tidak cacat. Lipatan kertas yang digunakan perlu dikira dan dilipat satu persatu untuk membentuk sesuatu karakter. Maka, kesabaran yang tinggi dapat dipupuk.

PENYELESAIAN MASALAH

Apabila kanak-kanak membuat origami mengikuti rajah, panduan atau contoh sebenarnya mereka sedang menghadapi masalah dan mereka akan bersungguh untuk menyelesaikan masalah itu. Jjika kanak-kanak itu berjaya mengikuti rajh itu, ini bermakna dia dapat menyelesaikan masalah berdasarkan arahan yang telah diberi. Secara tidak langsung, si kecil dapa belajar bagaimana cara untuk membaca sesuatu gambar. Ini merupakan latihan yang sangat baik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

MATEMATIK, PECAHAN, GEOMETRI

Lipatan origami tradisional biasanya berdasarkan teori matematik, bukan lipat asal. Di samping itu, salah satu perkara yang menjadi faktor kecantikan dalam model origami adalah perkadaran bentuknya. Setiap lipat hendaklah berkadar. Ibu bapa dan guru boleh menggunakan origami untuk mengambarkan beberapa konsep pecahan seperti ½, 1/3, ¼. Selain itu, origami dapat mengukuhkan pemahaman terhadap konsep geometri, formula dan label.

Keseluruhannya, origami mempunyai banyak kebaikan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak mahupun dewasa.

By |2018-03-22T10:52:37+00:00March 22nd, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment