Pastikan Kandungan Si Ibu Sihat

Home » Tateh Blog » Pastikan Kandungan Si Ibu Sihat

Pastikan Kandungan Si Ibu Sihat

Assalamualaikum, artikel hari ini tentang bagaimana ibu atau bakal ibu dan bapa untuk memastikan kandungan si ibu sentiasa sihat.

Bersenam

Berdasarkan kajian American College of Obstetricians and Gynecologists, ibu yang sedang mengandung perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 6 atau 7 hari seminggu, kecuali jika ada larangan daripada doktor. Hal ini kerana kekuatan jantung dan paru-paru dapat membantu melancarkan proses bersalin. Oleh itu, bersenam dapat melegakan sakit belakang, sembelit dan ‘morning sickness’.

Jangan merokok, jauhi asap rokok

Merokok dan asap rokok bahaya untuk kandungan si ibu yang mana boleh menyebabkan keguguran, kelahiran tidak matang, masalah tumbesaran, dan gangguan placenta. Kajian ada mengatakan merokok akan meningkatkan risiko untuk melahirkan bayi dengan ‘palate’. Risiko untuk bayi mati ketika lahir atau ketika kanak-kanak juga tinggi. Kepada si bakal ibu atau ayah yang merokok, masih belum terlambat untuk berhenti merokok. Sayangilah nyawa anak anda. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, sila rujuk kepada yang pakar. Setiap rokok yang belum dinyalakan memberi peluang yang tinggi untuk bayi sihat walafiat.

Jumpa doktor gigi

Jangan lupa akan kesihatan mulut anda. Berus, flos dan dapatkan rawatan pergigian yang konsisten. Perubahan hormon ketika hamil boleh menyebabkan anda mudah terdedah dengan penyakit gusi. Peningkatan tahap progesteron dan estrogen boleh menyebabkan gusi bertindak balas dengan bakteria dalam plak, menyebabkan gusi bengkak, pendarahan, gusi tender (gingivitis). Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan pembersihan sekiranya anda tidak berjumpa doktor dalam tempoh enam bulan yang lalu.

‘Eat Well’ bukan untuk DUA

Pengiraan kalori sangat penting ketika hamil. Makanan yang kaya dengan nutrien penting seperti protein, folat dan besi baik untuk kesihatan anda dan bayi anda, dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu mencegah sembelit si ibu. Minum banyak air supaya dapat menyokong peningkatan jumlah darah anda. Makan empat atau lima hidangan mini sehari dapat membantu menghalang pedih ulu hati dan memastikan tahap gula darah anda stabil. Elakkan memakan makanan yang bahaya untuk bayi seperti daging yang tidak masak, makanan laut mentah atau telut mentah. Ikan yang mengandungi merkuri dan toksin yang tinggi seperti ikan todak. Selain itu, kurangkan kafein (minimum 200mg sehari) bersamaan 12 ouns kopi.

Jaga kesihatan emosi

Emosi tidak stabil atau kemurungan akan berlaku kepada kebanyakan ibu mengandung. Kajian ada mengatakan tekanan ketika mengandung akan memberi impak terhadap kandungan. Jika anda mengalami tekanan lebih daripada 2 minggu, kongsikan dengan suami atau kawan rapat atau dapatkan rawatan pakar. Jangan sesekali pendam.

 

By |2018-03-20T12:32:06+00:00March 20th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment