Tertekan ketika berpantang? Ayuh ikuti tips ini!

Home » Tateh Blog » Tertekan ketika berpantang? Ayuh ikuti tips ini!

Tertekan ketika berpantang? Ayuh ikuti tips ini!

Generasi tua sangat serius akan hal berpantang. Kata orang-orang tua, jika anda tidak berpantang anda akan mudah diserang penyakit di hari tua. Bagi saya, berpantang sangat penting untuk kekal ramping dan cantik. Haha. Walaubagaimanapun, ramai ibu mengaku bahawa proses berpantang lebih tertekan berbanding bersalin. Bagi saya, banyak lagi yang perlu difikirkan untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan si kecil berbanding proses berpantang. Lakukan proses berpantang dengan hati yang gembira untuk kesihatan dan kekal cantik.

Berikut adalah antara makanan yang sangat baik dan sedap untuk di makan ketika berpantang:

Roti Berserat Tinggi

Selain daripada nasi yang menjadi makanan berpantang utama si ibu, roti juga mengandungi serat yang tinggi seperti roti gandum. Jadikan amalan untuk sarapan pagi. Satu potong roti gandum mengandung 2.2gram serat. Umumnya, roti gandum lebih baik daripada roti putih. Hal ini kerana roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan si ibu dan juga bayi.

Buah-buahan

Ada yang menganggap buah tidak sesuai untuk makanan berpantang kerana sifat fizikalnya yang sejuk. Buah-buahan seperti pir, epal, anggur, betik, oren dan pisang sangat baik untuk ibu yang sedang berpantang. Ianya kaya dengan vitamin dan serat yang tinggi. Amalkan makan buah sehari 2 kali untuk setiap hari. Buah pir seperti buah epal yang mana mengandungi lebih kurang 5.5gram serat.

Sayur-sayuran Hijau       

Sayuran hijau sangatlah baik jika dimakan mentah-mentah atau direbus atau dikukus. Jangan lupa basuh pula kalau nak makan begitu sahaja. Pastikan jika anda ingin merebus atau mengukus tidak melebihi dari 5 minit. Ianya tinggi dengan antioksidan, vitamin dan mineral sihat yang sangat penting untuk tubuh. Ianya juga rendah kalori dan tinggi kalsium. Antara contoh sayuran hijau adalah seperti sawi hijau, bayam, brokoli dan sebagainya. Semangkuk brokoli terdapat lebih kurang 5.1 gram serat. Ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja juga digalakkan untuk makan.

Buah Kurma atau buahan kering

Kurma adalah buah yang terbaik untuk ibu selepas bersalin mahupun untuk semua peringkat umur. Khasiatnya saya percaya semua orang tahu. Selain mampu beri tenaga, kurma juga mampu untuk merangsang penghasilan susu badan. Kismis dan apricot kering juga sangat banyak khasiatnya. Campurkan dengan bijirin atau oat sangat sedap untuk dinikmati ketika sarapan pagi.

Dapatkan jus AL- kurma di http://www.tateh.com.my/product/jus-al-kurma/ .

Akhir kata, pengambilan serat untuk wanita adalah 25 gram sahaja sehari. Manfaatkan dan amalkan sebagai menu harian anda.

 

.

 

By |2018-03-29T15:27:38+00:00March 29th, 2018|Berpantang|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment