Tips memancing selera si kecil picky eater

Home » Tateh Blog » Tips memancing selera si kecil picky eater

Tips memancing selera si kecil picky eater

Si kecil sangat cerewet dengan makanan bergizi. Hal ini semestinya menjadi kegelisahan para ibu bapa. Dengan menentukan makanan yang seimbang dan sihat untuk si kecil, anda boleh memaksimumkan peluang si kecil daripada terlalu memilih makanan atau picky eater bahkan pola makan bayi lebih sihat di kemudan hari.

4 tips yang boleh dipraktikkan:

Jangan gertak atau paksa

Gunakan cara yang lebih kreatif untuk membuat si kecil suka makanan yang berkhasiat. Berdasarkan pemerhatian, menggertak atau memaksa si kecil makan makanan yang tidak digemari akan membuatkan si kecil lebih memberontak, lebih-lebih lagi jika anda menggertak si kecil dengan tidak membenarkannya bermain di taman atau permainan video. Janjikan mereka dengan perkara yang positif seperti berjanji akan memberi makanan kegemaran si kecil dengan syarat mereka akan menghabiskan makanan yang tersedia terlebih dahulu.

Sediakan makanan yang pelbagai
Berikan pilihan makanan yang pelbagai dan sihat agar si kecil boleh mengenali pelbagai rasa makanan. Makanan yang terbaik adalah seperti sayur dan buah-buahan yang menjamin tumbesaran dan kecerdasan otak si kecil.

Hias menu yang menarik

Hias menu si kecil mengikut trend kartun terkini atau kegemaran si kecil. Warna juga memain peranan penting untuk menarik perhatian si kecil kerana nampak lebih ceria dan sedap untuk dimakan.

Campurkan dengan makanan kesukaan
Mencampurkan sayuran dengan susu formula mungkin pelik,tetapi cara ini adalah cara yang agak efektif bagi memudahkan bayi anda merasakan rasa baru sama dengan rasa yang disukainya.

Selamat Mencuba!

By |2018-03-10T10:59:29+00:00March 7th, 2018|Uncategorized|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment