Badan mengembang, kaki mengembang, lumrah orang mengandung. Kaki mengembang atau dikenali sebagai edema adalah normal kerana banyak cecair  dalam badan tersimpan ketika mengandung. Ianya juga disebabkan oleh berat badan yang semakin membesar yang mana akan menekan salur darah dan menggangu peraliran darah yang lancar ke jantung. Kaki akan membengkak pada trimester 3 sehingga kelahiran bayi.

Ini adalah antara tips untuk mengurangkan bengkak kaki si ibu:

Bersenam

Bersenamlah selalu. Berjalan. Berenang. Berjalan seperti biasa. Luar rumah, dalam rumah atau keliling pejabat. Janji berjalan. Ia dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ibu mengandung. Jika anda tidak berjalan inilah yang akan menyebabkan darah berkumpul si suatu tempat maka kaki anda akan bengkak.

Jangan silang kaki

Jangan berdiri atau duduk terlalu lama, dan jika anda sedang duduk jangan silang kaki anda. Jika anda kerap berjalan rehatlah seketika, jika kerja anda memang memerlukan anda duduk, carilah masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk berjalan. Duduk terlalu lama juga tidak elok. Ini bagi mengelakkan darah dan cecair dalam badan ibu mengandung kurang lancar dan berkumpul yang boleh mengakibatkan bengkak di kaki.

Angkat kaki sedikit

Angkat kaki sedikit ketika duduk atau baring bagi membantu melancarkan peredaran darah. Ia bertujuan melancarkan peredaran darah dan mengelak kaki daripada kebas. Bersilang kaki boleh menyebabkan kekejangan. Jadi elakkan silang kaki. Sentiasa letakkan bangku kecil di bawah meja atau di tempat anda suka duduk. Ketika baring, cuba baring ke kiri, posisi ini mengurangkan tekanan vena kava bawah.

Stokin

Pakai stokin kaki lembut yang bersesuaian dengan ibu hamil. Jangan pakau stoking yang mempunyai gelang getah atau ketat. Ini akan menganggu aliran darah yang membuatkan kaki anda bertambah bengkak dan kejang. Memakai stokin juga dapat mengurangkan kesejukan pada waktu malam, lantai simen atau musim hujan. Dapatkan stokin mama di Butik Tateh atau www.tateh.com.my

Urut

Jika kaki anda terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta enck suami atau sesiapa yang berpengalaman untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda hingga ke lutut. Ia dapat mengalihkan cecair  keluar daripada tapak kaki. Selain itu, jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk membuat regangan kaki.

Air kosong

Ibu mengandung mempunyai risiko tinggi untuk terkena dehidrasi. Jangan risau , minum banyak air membantu sistem perkumuhan yang tidak akan memburukkan masalah kaki bengkak.