Boleh. Ia lebih berbahaya kepada bayi berbanding orang dewasa kerana sisten imun tubuh masih belum sempurna. Asma ialah satu masalah pernafasan yang menyebabkan penghidap asma sukar untuk bernafas. Kadangkala penyakit ini disebabkan oleh keturunan. Gejala utama juga lebih kurang dengan orang dewasa. Berikut merupakan beberapa symptom asma:

Sukar bernafas

Bayi akan sukar bernafas sewaktu penyusuan atau makan. Bayi kelihatan seperti tercungap-cungap kerana saluran pernafasan menjadi sempit. Bayi akanmengeluarkan bunyi seperti ngik ngik dan dadanya kerana penyempitan saluran pernafasan. Dada bayi akan jelas kelihatan kembang kempis. Perut bayi akan bergerak lebih daripada dadanya. Hal akan menjadi lebih teruk apabila bayi menangis.

Batuk

Batuk biasa dan batuk asma adalah berbeza. Batuk asma sangat sukar untuk pulih kerana asma. Bayi akan kelihatan tidak bertenaga dan tidak bermain kerana sering batuk tanpa sebab yang jelas. Otot leher akan mengecut setiap kali bayi bernafas. Rongga bawah dagu bayi akan mengembang jelas kelihatan.

Ruam

Ruam kulit gatal kerana alergi. Ruang kulit kemerahan akan muncul di wajah bayi seperti pipi, dahi dan kulit kepala. Seiring dengan gejala asma yang lain yang mana jelas menunjukkan alergi kerana serangan asma.

Jadi, apa perkara yang perlu dilakukan?

Jauhi mereka daripada segala karbon monoksida seperti asap rokok, asap kenderaan.

Jauhi mereka daripada perkara yang akan menyebabkan mereka alergi seperti habuk, ais dan debunga. Ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai mask.

Jaga persekitaran supaya sentiasa bersih terutama alat permainan bayi kanak-kanak dan bilik tidur.

Elakkan haiwan berbulu.

Gaya hidup sihat untuk menguatkan sistem imun anak anda. Pemakanan seimbang. Sentiasa bersenam ikut keupayaan. Minum air kosong. Makanan mencukupi. Sentiasa ceriakan hari anak anda.

Bawa berjumpa doktor jika batuk dan selsema berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Elakkan ianya berlarutan.

Bagi kanak-kanak berumur kurang dari 4 tahun, rawatannya adalah dengan menggunakan nebulizer dengan dos steroid yang lebih rendah. Bergantung pada umur dan tahap asma, sesetengah doktor akan beri inhaler.

Akhir sekali, perkara paling penting ialah kuatkan sistem imun anak anda. Bila anak sihat anda juga senang hati ^^