Tahukah anda bayi menangis menunjukkan cara mereka berkomunikasi, 5 perkara anda perlu tahu tentang NEWBORN

Home » Tateh Blog » Tahukah anda bayi menangis menunjukkan cara mereka berkomunikasi, 5 perkara anda perlu tahu tentang NEWBORN

Tahukah anda bayi menangis menunjukkan cara mereka berkomunikasi, 5 perkara anda perlu tahu tentang NEWBORN

5 perkara yang ibu yang baru bersalin perlu tahu tentang bayi yang baru lahir.

Beri mandian span sehingga tali pusat jatuh.

Jika tali pusat sentiasa dibiarkan kering, ia akan tertanggal dengan cepat dalam masa seminggu hingga dua minggu. Ingat, bayi baru lahir tidak kotor. Jika berdarah sedikit apabila tali pusat sudah tertanggal, ianya bagus. Alyson Bracken dari West Roxbury Massachusetts menceritakan pengalamannya yang mengatakan bahawa pada mulanya ianya menakutkan, tetapi kuping dan pendarahan ringan ialah normal.

Bayi menangis tanda komunikasi

Bayi selalu menangis menunjukkan cara mereka ingin berkomunikasi. Mereka jelas menunjukkan mereka lapar, sejuk, lampin kotor, mahu dipegang atau dipeluk. ‘Perbualan pertama’ kelihatan kurang manarik tetapi anda akan cepat memahami apa yang bayi mahu. Respon yang akan mereka berikan juga sagat bernilai, sebagai contoh, mereka akan membalas pelukan si ibu dengan lebih erat.

Sentiasa tidur

Bayi akan sentiasa tidur, tetapi tidak dalam jangka masa yang lama. Bayi memerlukan makanan setiap 2 hingga 3 jam, yang mana anda tidak akan dapat tidur yang mencukupi. Kebanyakkan bayi akan tidur selama 6 hingga 8 jam dalam sehari pada usia 3 bulan. Dalam masa ini, cuba perhatikan jadual bangun tidur bayi siang dan malam. Jangan biarkan bayi tidur lebih daripada 3 jam tanpa mengejutkan bayi untuk bangun maka di waktu siang. Pada waktu malam, biarkan bayi tidur sehingga bayi mendapatkan beratnya kembali.

Waktu Buang Air

Bayi membuang air kecik dan besar tidak kira masa. Jangan risau! Ia petanda yang sangat bagus menunjukkan bayi itu cukup makan. Tukar lampin dengan cepat supaya bayi tidak menangis tidak selesa dan bakteria. Sentiasa ambil tahu warna air kencing atau najisnya. Sebagai contoh,  air kencing yang terlalu kuning menandakan bayi kurang cecair.

Alat permainan bayi

Alat permainan berfungsi sebagai hiburan untuk kanak-kanak berlatih otot mata agar lebih fokus. Pilih permainan yang berwarna cerah, yang bergerak, yang berbunyi yang di gantung di tempat tidur secara langsung dapat merangsang pendengaran dan penglihatan. Paling penting, bayi yang bermain dengan ibu bapanya adalah perara yang menggembirakan.

Kesimpulannya, saat bersama bayi adalah sangat bernilai. Jangan lepaskan setiap peluang yang ada.

 

By |2018-04-09T17:05:00+00:00April 9th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment