Kebiasaanya, pihak hospital akan meminta bakal ibu bapa untuk menyediakan barangan keperluan untuk ibu bersalin dan bayi yang akan lahir nanti.

Tuala bayi

Walaupun pihak hospital akan menyediakan tuala untuk membersihkan dan mengelap bayi baru lahir, sediakan saja. Pilih tuala yang tidak mempunyai jahitan atau tidak bercorak yang mana lebih elok diperbuat daripada kain kapas. Tuala yang mempunyai jahitan boleh mengasari kulit bayi kerana kulit bayi masih lembut. Pilih warna putih haha.

Lampin

Sediakan sekurang-kurangnya 3 helai lampin pakai buang bersaiz newborn. Kebanyakkan hospital akan menyediakan lampin, tetapi bawalah sendiri bagi memudahkan urusan. Beli satu atau dua pek lampin pakai buang untuk bayi baru lahir bersama baldi kecil. Tidak perlu beli banyak sangat kerana bayi akan membesar dengan cepat. Jangan lupa minyak bayi, tisu basah atau kain kapas untuk bersihkan bayi. Bawa termos kecil untuk air suam bagi membersihkan bayi kurang dari 6 minggu. Selain itu jangan lupa beg plastic untuk buang lampin. Lawati www.tateh.com.my untuk pelbagai persediaan barangan bayi.

Jika anda ingin menggunakan lampin yang boleh digunakan semula, sila sediakan beberapa helai kain, pad menukar lampin, baldi juga, minyak bayi pin lampin yang selamat dipakai untuk bayi dan tisu basah untuk lap kotoran.

Set Persalinan Bayi

Satu set persalinan bayi mengandung sehelai baju, sehelai seluar, barut bayi, sepasang sarung tangan dan sarung kaki ‘newborn’. Pakaian yang diperbuat daripada kain kapas sepenuhya adalah lebih baik kerana tidak panas. Elakkan baju berlubang-lubang (eyelet) kerana bayi akan mudah masuk angin. Pilih baju yang mempunyai butang bagi memudahkan staff hospital menyarungkan baju tersebut kepada bayi. Tempoh purata ibu dan bayi akan berada di hospital dalam 2 atau 3 hari, maka bawalah 3 set persalinan untuk bayi kesayangan anda.

Wet Tissue

Perkara wajib yang perlu ada. Rata-rata tahu bahawa bayi kerap membuang air besar dan kecil. Maka, bayi mestilah dibersihkan setiap kali menukar lampin. Gunalah wet tissue bagi memudahkan keja-kerja pembersihan dan penukaran lampin. Bayi akan sentiasa bersih. Ianya juga menjamin kesihatan bayi.

Bedung

Sediakan sehelai bedung. Pelbagai jenis warna dan corak boleh didapati di pasaran kini. Pelbagai kelebihan dengan membedung bayi anda. Antaranya, fungsi utama bedunga ialah dapat menenangkan sistem saraf bayi kerana ketenangan yang diperoleh ketika dibedung. Ini juga kerana bayi akan merasakan badan mereka dibaluti dan dilindungi seperti dalam kandungan ibunya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lampin untuk membendung bayi.

Dapat swaddle di tateh sekarang www.tateh.com.my.