Bagi ibu yang bekerjaya, yang mahu bayi mereka minum susu badan, mereka akan perah susu dan simpan dalam peti sejuk beku. Tahukah si ibu bahawa penyimpanan susu ibu yang tidak betul boleh membahayakan kesihatan bayi? Ayuh ikuti tips ini.

Jangan Campur

Jangan sesekali mencampurkan susu baru dengan susu baru. Adalah lebih baik jika anda letakkan label tarikh dan masa pada setiap bekas susu simpanan. Susu badan hanya boleh bertahan kurang dari seminggu di dalam peti sejuk beku. Kajian mengatakan susu ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan bayi. Nutrien yang ada dalam susu membantu bayi melawan penyakit secara tidak langsung memenuhi keperluan khasiat bayi. Maka, pastikan anda sentiasa peka dengan kualiti susu itu sama ada masih elok atau tidak.

Bekas Susu Tidak Bersih

Fungsi utama susu badan ialah melindngi si bayi daripada bakteria yang tidak diingini. Sesetengah ibu terlepas pandang. Bekas susu tidak dicuci dengan betul. Botol yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang tidak dikeringkan boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Gunakan air suam dan lap dengan kain bersih. Ini untuk mengelakkan kelembapan dalam botol.

Jauhi daripada Makanan Mentah

Seeloknya beli peti ais kecil khas untuk menyimpan susu. Bakteria daripada makanan mentah seperti ayam dan daging boleh menyerang susu-susu anda sekaligus akan mengurangkan kualiti dan nutrien. Sentiasa basuh tangan anda selepas memegang makanan mentah. Kadang-kadang  jika terlalu sibuk, si ibu lupa. Semua benda dilakukan secara 2 in 1. Sebagai contoh, sebelah tangan pegang ayam sebelah lagi buat susu. Ingat ye. Bakteria. Sentiasa peka. Sentiasa basuh tangan and jika ingin menyediakan makanan bayi.

Menyahbeku dengan Microwave

Bayi menangis mestilah ibu mahu menyusukan bayi dengan segera bukan. Panaskan je dalam microwave dah siap. Ada juga sesetengah ibu memanaskan susu dalam periuk sehingga mendidih. Tidak betul ya ibu-ibu. Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat yang berguna, jangan musnahkannya. Cara yang paling efektif ialah menyahbekukan dalam bekas air suam. Ambil sedikit masa tapi itulah yang terbaik. Sentiasa peka dengan jadual makan bayi. Dengan ini anda dapat bersedia dengan lebih awal dan tidak tergesa-gesa.

Penutup Bekas

Pastikan anda menyimpan di dalam bekas yang bertutup dan selamat. Jangan simpan di dalam bekas yang tidak bertutup. Bakteria mudah membiak dan mencemari bekas itu. Pilih bekas yang bebas bahan kimia atau yang berlabel “BPA-Free” kerana ianya sangat selamat untuk kesihatan bayi.

Kesimpulannya, teruskan memberi susu badan kepada si kecil sehingga dia tidak lagi boleh menerima susu badan. Walaubagaimanapun, berikan terus susu badan ialah cara yang paling terbaik untuk berikan susu badan kepada si bayi. Jika tiada pilihan lain maka anda perlu tahu cara-cara yang betul untuk menyimpan dan menjaga susu badan.