Kejang perut

Kekejangan atau kram perut adalah normal. Ibu tidak perlu risau. Menjadi kebimbangan bagi ibu yang baru pertama kali mengandung. Hal ini kerana membawa kandungan memberi tekanan ke atas otot-otot sendi dan urat. Tisu-tisu kental dan ligamen yang menyambungkan tulang-tulang anda meregang untuk menyokong pembesaran rahim (uterus) anda. Sebab itulah apabila anda bergerak anda akan merasa sakit sedikit di sebelah atau kedua-dua belah badan. Anda akan lebih kerap sakit pada bahagian perut kanan kerana bayi dalam perut semakin membesar, maka uterus akan menyenget ke kanan dan ligamen akan mengejang. Kebiasaannya, kemungkinan besar anda mengandung anak kembar kerana pertumbuhan rahim terlalu cepat. Ibu perlu berjumpa doktor jika kekejangan yang serius.

Pening Kepala

Kajian mengatakan, pada trimester pertama dan ketiga, sakit kepala ketika mengandung adalah perkara biasa. Hal ini kerana peningkatan jumlah darah dan hormon pada awal kehamilan. Dapatkan tidur yang mencukupi. Kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein. Elakkan daripada stress atau tertekan akan sesuatu perkara. Hadapinya dengan tenang demi kesihatan bayi. Pening kepala akan bertambah teruk jika anda terlalu stress. Selain itu, antara punca lain sakit kepala adalah kerana postur badan yang lemah akibat berat bayi semakin membesar di dalam kandungan.

Sakit bahu dan leher

Sakit bahu dan leher ialah disebabkan oleh hormon progesteron. Seperti yang kita tahu, leher dan bahu berhubung antara satu sama lain. Sedikit perubahan dalam postur badan mampu untuk membuatkan anda sakit bahu dan leher sepanjang kehamilan. Progesteron akan menyebabkan ligament bahu dan leher menjadi longgar dan bergabung pula dengan kandungan anda yang semakin membesar.

Payudara sensitif

Payudara sensitif adalah salah satu tanda normal di awal kehamilan kira-kira 3 atau 4 minggu kehamilan. Sesetengah wanita akan mengalami payudara yang terlalu sensitif sehinggakan apabila bergesel dengan baju akan terasa sangat sakit. Sakit ini akan berkurangan selepas trimester pertama. Dalam proses menyokong tumbesaran bayi, hormon estrogen dan progesteron akan terhasil lebih banyak. Payudara akan membesar menyebabkan lapisan lemak menebal dan kelenjar susu serta darah bertambah yang mana sangat penting untuk menyusukan bayi nanti.

Sakit punggung dan tulang belakang

Ini juga perkara biasa bagi wanita mengandung yang tidak akan menjejaskan kandungan. Otot-otot bahagian belakang tidak cukup kuat untuk menampung berat seorang bayi. Rahim yang semakin membesar menekan saraf yang menyebabkan sakit belakang hingga ke punggung. Ligamen dan sendi  pada bahagian tulang pelvis hingga ke tulang belakang akibat perubahan hormon, menyebabkan ibu rasa tidak selesa, tidak stabil untuk berjalan, berdiri mahupun duduk. Ibu mengandung disarankan untuk berehat secukupnya. Duduk di atas kerusi yang mempunyai kusyen atau bantal kecil untuk menyokong belakang kita. Elakkan mengangkat! Elakkan menolak barang-barang berat. Selalu bersenam. Pakai kasut yang selesa.

Buasir

Buasir adalah penyakit biasa ibu mengandung. Banyak kes buasir bermula daripada masalah sembelit. Untuk elakkan sembelit, banyakkan minum air kosong dan pengambilan serat. Secara umumnya, wanita yang mempunyai masalah buasir masih boleh bersalin secara normal. Faktor utama mengapa buasir berlaku kerana perubahan hormon dan pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur. Terdapat 2 jenis buasir yakni buasir dalam dan luaran. Buasir dalaman bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit manakala buasir luaran bengkak di luar dubur yang selalunya persakit akan mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.

Banyak perkara yang akan berlaku ketika mengandung yang mana adalah salah satu cabaran hebat buat kaum wanita. Harunginya dengan sabra dan bersemangat.