Bedung berfungsi sebagai salah satu keselesaan bagi bayi supaya tidak sejuk terutama sebaik sahaja bayi lahir. Mereka terdedah kepada persekitaran yang luas dan wad hospital yang sejuk. Tambahan pula, dengan membedung bayi akan tidur lena kerana bayi tidur lebih lama daripada orang dewasa. Apabila dibedung ini dapat mengelakkan bayi terkejut dan terjaga dari tidur akbiat sentuhan.

Berikut merupakan kebaikan membedung bayi.

  • Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran
  • Menahan refleksi gerakan tangan dan kakinya yang akan menganggu tidur bayi.
  • Bayi akan mudah mengantuk apabila dibedung
  • Mudah untuk mendukung dan mendodoi bayi

Sebaiknya, bedunglah bayi anda lebih kurang sebulan. Jangan lama! Hal ini akan menganggu pembesaran bayi dan bayi akan mudah meragam kerana mereka tidak selesa.

Bilakah waktu terbaik untuk membendung bayi anda?

Elakkan bedung bayi anda ketika waktu panas seperti waktu tengahari. Bayi boleh diserang ruam di anggota berlipat seperti lengan dan leher. Selain itu, jangan bedung bayi anda ketika bai demam hal ini kerana akan lebih memudaratkan kesihatan bayi yang akan meningkat suhu badannya. Berikut merupakan waktu sesuai untuk membedung bayi.

  • Selepas mandi pagi kerana cuaca dingin
  • Ketika bayi mahu menyusu memudahkan memegang bayi
  • Malam supaya bayi tidur dengan lena dan selesa.
  • Ketika hendak keluar yang mana si ibu perlu mendukung bayi

Sentiasa perhatikan bayi anda. Kadangkala, kain bedung boleh menutupi muka bayi akibat terlalu banyak bergerak.

Fabrik Bedung

Pelbagai jenis bedung boleh didapati di pasaran www.tateh.com.my pelbagai corak dan jenis yang comel-comel. Pilih kain yang sesuai dengan musim negara kita Malaysia. Pastikan tidak tebal yang boleh membuatkan bayi panas dan tidak selesa.

Bagaimana cara yang betul untuk membedung bayi?

Pakar mengatakan, bayi mudah diserang risiko ‘hip dysplasia’ iaitu gangguan sendi pinggul yang mana bahagian atas tulang peha tidak berada di soketnya. Kebanyakkan para ibu akan menarik dan menekan kaki bayinya sebelum lilit kain bedung yang mana dikatakan untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’. Walaubagaimanapun, ia akan menyebabkan kaki bayi tidak bebas bergerak. Berikut, cara-cara membedung bayi dengan betul:

  • Tempatkan kain bedung di atas permukaan yang rata dengan sudut kain berada di atas. Kemudian, salah satu hujung di atas sedikit hingga kain hampir menyerupai bentuk segitiga.
  • Tempatkan bayi di atas kain bedung, tepat di bahagian tengah. Lipatan atas kain bedung bayi adalah di sekitar bahu.
  • Tarik hujung kain di sisi kiri bayi hingga menutupi lengan kiri hingga dadanya. Selitkan hujung kain tersebut di bahagian bawah ketiak kanan.
  • Seterusnya, lipat kain bedung bayi bahagian bawah ke atas. Jangan terlalu ketat, biarkan ada ruang di sekitar kaki bayi.
  • Akhir sekali, ambil hujung kain bedung sebelah kanan bayi hingga menutupi tubuhnya. Kemudian lipat lebihan kain bedong bayi ke belakang punggung bayi.