Kuasa semua di tangan Allah S.W.T. Dia yang mencipta, dia yang memberi, dia yang Esa. Keletah bayi comel kini menjadi salah satu trend di Malaysia mahupun seluruh negara di sosial media. Berikut tips yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung.

Amalkan Surah Yusuf dan Maryam

Al-quran panduan hidup umat Islam. Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kerana ini dapat melembutkan dan menenangkan bayi dalam kandungan juga memudahkan si ibu untuk bersalin. Surah yang perlu ditekankan ketika hamil ialah amalkan membaca suruh Yusuf, Maryam dan Luqman. Khatam Al-Quran adalah perkara terbaik. Jangan pernah berhenti untuk membaca Al-Quran sehingga akhir hayat.

Tengok benda yang baik-baik

Ini petua orang tua-tua. Tidak 100% benar, namun boleh diguna pakai. Tengok benda yang baik-baik, tengok benda yang kita suka, tengok gambar bayi yang comel-comel. Elakkan menonton atau melihat perkara yang ‘voilent’ yang tidak elok untuk minda juga bayi.

Telur ayam kampung

Telur mengandungi protein. Protein sesuatu telur ayam itu berbeza-beza mengikut cara seekor ayam itu membesar sama ada dibela original atau dicucuk. Telur ayam kampong adalah telur terbaik kerana tidak mengandungi bahan kimia.

Minum air soya

Soya memang baik untuk kesihatan kulit. Namun pengambilan soya secara berlebihan boleh menyebabkan kulit anak anda sensitif dengan cahaya matahari. Si ibu perlu bijak memilih soya. Terdapat 2 jenis soya di pasaran; soya yang ditanam secara semulajadi dan soya yang dicucuk supaya buahnya cepat masak.

Pemakanan seimbang

Apa yang kita makan itulah yang menjadi darah daging kita. Apatah lagi ketika mengandung. Banyak makanan perlu dijaga untuk membentuk bayi sihat walafiat. Banyakkan memakan sayuran hijau dan buah-buahan. Vitamin c dalam sayuran dan buah sangat baik untuk mencantikkan dan memutihkan kulit bayi. Selain itu, kurma juga salah satu buah yang mencerdaskan minda juga boleh mencantikkan kulit bayi.

Sekian.