Sejak bayi lagi otak anak-anak bertindak balas dengan tindakan dan percakapan ibu bapa. Menurut kajian, otak seseorang semasa kecil berkembang dengan cepat sehingga 15 tahun. Ibu bapa menjadi cermin kepada anak-anak kerana segala tindakan ibu bapa diperhatikan dan dipelajari oleh mereka. Maka, sentiasalah berkata yang baik-baik, menjaga adab dan tatasusila yang positif.

Berikut merupakan antara punca anak-anak degil.

Komunikasi dan kurang perhatian

Komunikasi sangat penting dalam hidup. Fasa anak-anak yang sedang berkembang mina, ibu bapa harus menggunakan carkomunikasi yang berkesan kerana sikap meeka yang lincah dan merungsingkan jika tersalah didikan. Walaubagaimanapun, ianya pengalaman yang menyeronokkan melaya pelbagai kerenah anak-anak dan cara untuk menyelesaikannya. Didik anak-anak seiring dengan peredaran zaman. Sayidina Umar Al-Khatab r.a. pernah berkata “ajarlah anak-anakmu bukan dalam keadaan serupa denganmu, persiapkan mereka untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu”. Anak-anak yang sedang membesar sangat memerlukan seseorang untuk berkomunikasi mendengar masalah atau apa yang dilakukan oleh mereka pada hari tersebut. Luangkan masa anda untuk berkongsi dan mendengar, pandang mata ketika bercakap dan peluklah mereka dengan penuh kasih saying. Berikan pujian supaya anak gembira dan terasa disayangi.

Doa

Rajinkan berdoa. Doa supaya anak sentiasa lembut hati dan mendengar kata. Ingat, setiap butir bicara seorang ibu bapa boleh menjadi doa. Jadi, berkatalah yang baik-baik sahaja. Jangan selalu berkata-kata akan perkara negatif. Sebagai contoh, “kenapa kau ni slow sangat, sampai bila-bila la kau jadi macam ni”.  Jika anak anda melakukan perkara yang tidak memuaskan hati anda, jangan kritik dengan cara yang kasar dan boleh mengguris hati. Ia akan memburukkan pandangan anak-anak terhadap anda dan juga akan menjatuhkan harga diri anda sebagai ibu bapa.

Menidakkan kata anak

Pakar psikologi ada mengatakan ibu bapa bersifat negatif adalah mereka yang tidak mendengar apa yang diperkata oleh anak-anak. Dengar dan dengar apa yang dikatakan oleh anak-anak walaupun kadang-kadang kita buat-buat tak dengar. ‘Ya’ kan saja. Kebanyakkan ibu bapa terang-terangan menidakkan kata-kata anak tanpa sedar. Ini memberi kesan terhadap anak-anak yang akan terasa diri mereka terabai. Ini kerana naluri kanak-kanak bersifat impulsive yang mana kadang-kadang anda akan hilang sabar. Tangani dengan sabar dan cemerlang.

Kekecewaan

Menjadi kebiasaan alam pekerjaan ini penuh dengan cabaran yang akan membuatkan kita stress dan tertekan sehingga terbawa-bawa hingga ke rumah. Tinggalkan segala masalah kerja anda sebelum memasuki rumah. Dalam proses anak-anak membesar akan berlaku pelbagai drama, antaranya jika anak anda tidak berjaya membuat anak bangga seperti sering gagal dalam akademik. Jangan mereka. Tanya mereka apa yang mereka minat. Bagi mereka semangat dan biar mereka lakukan apa yang digemari mereka. Bakat dan minat manusia berbeza-beza. Semua orang mempunyai bakat yang tersendiri. Anda perlu bijak mengasahnya.

Mengongkong

Sesetengah ibu bapa terlalu ingin menjadikan anak-anak mereka seperti apa yang mereka ada sekarang. Melihat mereka membesar mengikut acuan anda yang tidak sesuai dengan mereka akan membuatkan mereka tidak bebas. Semua orang mempunyai identity tersendiri. Jangan terlamapu mengongkong dan menghalang mereka untuk berdikari. Salah besar itu. Akan tetapi jangan biarkan mereka terlalu bebas sehingga hilang akhlak mulia. Setiap perkara ada had yang tersendiri. Berdikari perlu ada 3 aspek ini iaitu keyakinan diri, kemahiran sosial dan mencari identity mereka.

Oleh yang demikian, muhasabah diri anda. Banyakkan membaca dan berkomunikasi dengan rakan-rakan untuk berkongsi info.

Jangan lupa untuk ke www.tateh.com.my untuk pembelian barangan ibu dan bayi secara online.