Merangkak bukanlah satu perkara wajib bagi bayi. Setiap bayi mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Kebiasaannya, bayi sudah boleh mula mampu mengangkat bebannya dan merangkak pada usia 6 bulan. Merangkak adalah satu fasa yang perlu dilalui oleh bayi sebelum berjalan. Pelbagai cara bayi merangkak, ada yang menggunakan tangan dan kaki atau menggesel perut atau menggunakan pinggul dan kaki.

Merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi. Antaranya,

  • Menguatkan otot-otot leher, tangan, kaki dan tulang belakang.
  • Melatih fokus mata si bayi, sangat penting pada masa hadapan agar mudah membaca dan menulis disamping melatih bayi melihat jauh.
  • Menguatkan otak kiri dan kanan kerana si bayi menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan.
  • Merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif yang sangat bagus untuk penumpuan dan memori.
  • Keyakinan diri.

Bagi sesetengah bayi ada yang tidak merangkak tetapi boleh terus tateh berjalan dan ada juga memakan masa yang lama untuk merangkak. Merangkak bukan pengurkur kecerdasan bayi. Ibu bapa tidak perlu risau. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan bayi tidak boleh merangkak;

  • Kekurangan nutrisi
  • Ketidakseimbangan
  • Berat badan berlebihan
  • Kekurangan stimulasi merangkak

Berikut tips yang ibu dan bapa boleh praktikkan bagi merangsang bayi untuk merangkak.

  • Merangkaklah bersama si kecil. Si bayi sentiasa mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa.
  • Bantu bayi menguatkan lengan dan kakinya dengan meletakkan dia di atas perutnya. Dia akan menolak badannya ke atas kerana dapat menguatkan otot-ototnya untuk merangkak.
  • Elakkan penggunaan baby walker, biarkan mereka di atas lantai atau ruang yang lapang, sediakan alas atau play mat yang cantik atau ceria untuk menarik minat bayi.
  • Letakkan alat permainan kesukaan bayi di hadapannya agar bayi tertarik untuk mencapai permainan itu. Puji mereka jika capai target itu kerana ia dapat merangsang bayi gemar merangkak.
  • Fisioterapi atau senaman yang disarankan doktor.