Kebanyakkan ibu bapa akan merasa malas untuk membawa anak-anak ke luar negara dengan alasan anak terutama bayi banyak ragam yang perlu diuruskan. Ada juga yang memberi alasan ‘Alah, kita bawa mereka ke luar negara, bukan mereka akan ingat pun’. Pendapat saya, bawalah anak-anak anda ke mana sahaja selagi ianya dinamakan bercuti, bawalah mereka melihat dunia. Berikut panduan buat ibu bapa.

Fast Track

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan membawa kanak-kanak travel dengan pesawat, anda secara tidak langsung akan dapat keistimewaan ‘fast track’ yang mana anda tidak perlu beratur panjang ketika pemeriksaan kastam dan juga ketika memasuki ke perut kapal terbang. Hal ini kerana kanak-kanak akan cepat merasa bosan jika terpaksa menungu lama atau keletihan. Kanak-kanak zaman millennial kini semua nak cepat semua kurang sabar.

Snack dan air

Pastikan anda membawa makanan yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Sentiasa pastikan bayi anda hidrat kerana udara di dalam kapal terbang sangat kering. Jika anda tidak dibenarkan membawa air ke dalam pesawat anda boleh minta kepada pramugari atau pramugara. Disarankan untuk anda membawa cawan sippy yang mana  dapat membantu bayi mengurangkan tekanan semasa berlepas atau mendarat.

Bawa banyak baju dan lampin

Jika menaiki pesawat, pakaikan bayi atau anak anda satu lapis pakaian yang mudah dibuka jadi mereka boleh buka jika panas dan boleh dipakai balik jika sejuk. Bayi yang terlalu sejuk dan terlalu panas boleh menyebabkan mereka menangis dan menggangu penumpang lain. Sentiasa bawa pakaian lebih dan letak berdekatan anda (dalam kabin), kerana kita tidak akan tahu apa yang berlaku, berkemungkinan mereka akan mengotorkan pakaian mereka.

Comfort zone

Ibu bapa perlu duduk berdekatan dengan bayi anda. Anda ‘comfort zone’ mereka. Pengalaman saya, ada ibu bapa yang ingin berjimat sehingga tidak membeli tempat duduk yang mana mereka duduk berasingan. Bayi menangis kerana memerlukan si ibu dan kadang-kadang si bapa. Perkara paling mudah rancang perjalanan anda pada  waktu anak anda tidur.

Beritahu perkara menarik

Tunjuk dan ceritakan anak-anak anda perkara terkenal akan negara yang akan dilawati. Bawa iPad atau apa-apa gajet yang ada game atau kartun untuk menceriakan hari mereka kerana sesetengah pesawat tidak mempunyai entertainment. Perjalanan dan percuti akan jadi lebih bermakna yang mana penuh dengan memori dan pengetahuan.

Cuba rancang perjalanan tidak melbihi 6 jam

Kanak-kanak masih kecil. Jika mereka duduk di sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama dan tempat duduk yang sama, ianya tidak elok untuk kesihatan bayi. Jika anda memandu, berhenti seketika di kawasan rehat. Begitu juga dengan kesihatan anda. Berjalan atau minum di mana-mana kedai.

Nikmati percutian anda. Bercuti bersama bayi atau anak-anak adalah pengalaman yang paling menarik.