Ada segelintir bayi sangat sukar untuk gemuk atau dengan kata lain kecil. Ia menjadi kerunsingan buat ibu kerana ibu mana yang suka melihat anaknya seperti tidak sihat. Ibu-ibu jangan runsing. Berikut adalah antara makanan sihat yang dapat meningkatkan dan menyihatkan berat badan bayi.

Susu

Susu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana kandungan nutrisi yang diperlukan dalam tubuh bayi. Sebaik-baiknya berilah susu badan ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan hingga satu tahun kemudian barulah perkenal dengan susu formula.

Gandum

Gandum mengandungi serat yang mudah larut dalam air juga baik untuk pencernaan si kecil. Contohnya, oatmeal. Gandum boleh dijadikan penambah berat badan bayi. Kandungan gula dalam gandum juga seimbang. Berikan bayi makanan yang mempunyai gandum. Para ibu juga boleh berikan gandum sebagai bubur.

Pisang

Kandungan gula yang ada dalam buah pisang dapat menaikkan berat badan bayi. Pisang antara salah satu buah  yang kaya dengan serat, Vitamin B6, C mineral dan kalium yang sangat baik untuk bayi 7 bulan ke atas. Makanan yang sarat dengan gizi dapat dijadikan makanan sampingan selain ASI. Ibu-ibu boleh campurkan susu formula dengan pisang yang telah di’blend’ yang mana dapat menaikkan selera bayi. Ingat, pisang juga melancarkan sistem pencernaan dan kesihatan tulang.

Minyak Zaitun

Seperti yang kita mak-mak ni tahu minyak zaitun ni kalau nak cantik sahaja. Banyak kelebihan minyak zaitun ni terutama untuk kesihatan bayi dan memacu perkembangan otaknya. Si ibu boleh mencampurkan ¼ senduk teh ke dalam bubur bayi.

Keju

Keju mengandungi nutrisi susu, lemak, protein dan vitamin maka secara tidak langsung dapat menggemukkan si kecil anda. Tetapi ingat, minimumkan kandungannya untuk mengelakkan bayi anda obesiti yang mana akan meningkatkan peratus obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, keju juga baik untuk tulang dan gigi bayi. Caranya juga sama, campurkan dalam makanan bayi ketika waktu pagi.

Telur

Apabila bayi anda sudah berusia 8 bulan, berikan bayi anda telur. Kandungan putih telur mengandungi protein yang tinggi manakala kuning telur mengandung kolestrol yang mana dapat meningkatkan berat bayi. Hati-hati jiga anak anda ada alergi.

Kentang

Kentang ialah makanan padat yng dapat meningkatkan berat badan bayi. Kentang mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi untuk kekebalan tubuh bayi selain daripada kandungan karbohidrat. Karbohidrat dapat mengenyangkan  bayi dalam jangka masa yang lama. Kandungannya yang konsisten dan mudah dicerna adalah baik untuk bayi. Haluskan kentang, rebus supaya lembut dan campur bersama sup dan bubur.

Akhir kata, walaubagaimanapun, jangan sampai si kecil anda obesity. Berilah mereka pemakanan yang sihat.