Bayi dan tangisan berpisah tiada. Itu perkara normal. Ada pelbagai jenis tangisan bayi. bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak pasti akan mengambil masa untuk mengenalpasti atas sebab apa bayi mereka menangis. Ayuh ikuti jenis-jenis tangisan bayi.

Tumbuh Gigi Susu

Apabila usia bayi mula mencecah 5 bulan ke atas, proses penumbuhan gigi akan bermula. Si bayi akan menangis kerana tak selesa pada gusi yang mana kadangkala gatal-gatal. Si kecil akan mengigit jari jari halusnya atau seakan mengunyah sesuatu. Oleh yang demikian, berikan meraka menghisap sesuatu seperti ‘teether’.

Lapar

Bayi tidak tahu bercakap, maka bayi akan menangis menandakan dia lapar. Anda perlu peka dengan cara bayi menangis seperti dia berasa tidak tenang, menangis secara tiba-tiba atau memasukkan jari ke dalam mulut. Perhatikan sentiasa cara bayi anda menangis.

Suhu

Seperti yang dinyatakan di atas, bayi akan menangis kerana bayi tidak tahu bercakap. Keadaan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk tidak bagus untuk bayi. Bagi persikitaran yang panas, pakaikan bayi baju yang tidak panas seperti singlet atau ‘eyelet’ (boleh dapatkan di www.tateh.com.my). Bayi akan menangis jika berpeluh. Jika berada di rumah, jangan lupa pasang kipas atau penghawa dingin. Harus diingatkan bahawa tidur di penghawa dingin tidak elok unutk kesihatan. Sentiasa pantau bayi anda. Tambahan pula, untuk persekitaran sejuk, pakaikan bayi dengan pakaian sedikit tebal berserta sarung tangan dan stokin.

Perut Kembung

Kembung perut si bayi boleh berlaku apabila si ibu memakan pemakanan yang tidak sihat seperti ais, minuman bergas, sayur yang tidak digalakkan ketika mengandung. Bagaimana nak tahu bayi perut kembung? Bayi akan menangis tanpa henti sambil kakinya diangkat ke perut. Pemakaian stokin dan barut dapat membantu mengurangkan kembung bayi. Sapukan minyak bayi atau minyak telong yang sesuai bagi memudahkan bayi kentut. Tuam perlahan di atas perut bayi sehingga dia rasa selesa.

Lampin Basah

Lampin penuh bayi tidak selesa dan akan menangis cara untuk memaklumkan kepada si ibu untuk menukarnya. Tukar dengan segera bagi mengelakkan ruam. Selain itu, bayi berkemungkinan juga mengalami kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Tukar lampin dengan kerap. Sapu krim ruam lampin setiap kali menukar lampin.

Mahu tidur

Bayi mahu tidur jangan anda berikan bayi susu pula. Kenali tangisan bayi ingin tidur. Bayi akan menggaru matanya atau menguap, tanda mahu tidur. Sekiranya bayi anda tidur tidak menggunakan buaian, tepuk-tepuk paha bayi atau usap rambutnya. Jika bayi anda jenis tidur dalam buaian, buaikan bayi dengan alunan zikir juga.

Nak dukung

Bayi sangat suka apabila didukung dan didodoi. Bayi dah pandai minta didukung apabila mencecah lebih kurang 15 hari selepas dilahirkan. Apabila si ibu letak bayi menangis, apabila dukgn dia diam itu tanda bayi mahu tidur secara berdukung. Akan tetapi, jangan terlalu biasakan anak berdukung 24 jam, anda yang stress nanti. Biarkan bayi bebas tidur di atas tilamnya sendiri.

Sekian, terima kasih. Salam 1 Ramadan. Selamat berpuasa! Ramadan Kareem.