Apakah punca anak anda demam?

  • Musim yang menyebabkan jangkitan semakin menular terutama jika anak anda terdedah dengan persekitaran luar rumah
  • Terlalu panas
  • Bakteria Sinus
  • Jangkitan Bakteria
  • Demam selepas diberi vaksin dalam masa 12 jam pertama selepas dicucuk

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa?

Tanggalkan Baju Bayi

Biarkan bayi hanya memakai lampin sahaja. 38 hingga 40 darjah selsius adalah suhu yang sangat tinggi bagi kanak-kanak, jadi buka baju mereka untuk mengurangkan rasa panas itu.

Basahkan Tuala

Antara salah satu cara untuk mengurangkan suhu badan bayi yang panas ialah dengan meletakkan tuala basah ke atas badan mereka. Lakukan dengan kerap sehingga reda suhu bayi.

CoolFever

Lekatkan coolfever di atas badan bayi sepanjang malam. Pastikan lekat di badan bayi ya! Jangan di kepala.

Elakkan ke Daycare

Di jepun, guru tadika akan memeriksa suhu badan setiap murid, jika mereka didapati demam atau suhu tinggi, guru akan mengasingkan dan menelefon ibu atau bapa untuk mengambil anak mereka. Jadi elakkan menghantar anak anda ke tempat yang akan menyebabkan lebih ramai yang terkena jangkitan.

Asingkan daripada adik-beradik

Asingkan daripada adik-beradik yang lain bagi mengelakkan jangkitan.

Susu ibu

Jangan berhenti menyusukan bayi walaupun bayi demam.

Kelaparan

Jangan biarkan anak atau bayi anda tidak makan. Pastikan mereka makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.