Kalsium salah satu mineral yang sangat penting untuk ibu hamil untuk mendapatkan kehamilan yang sihat yang mana sangat penting untuk bayi dalam kandungan. Antara bahaya kekurangan kalsium ialah kejang kaki yang melampau dan lenguh badan. Pakar mengatakan, ibu mengandung perlu mengambil kalsium minimum 1200mg sehari. Kalsium yang mencukupi dapat mencegah pembekuan darah, optimumkan kerja sistem saraf dan membantu pembentukan tulang yang kuat. Kesan kekurangan kalsium terhadap bayi dalam kandungan ialah pertumbuhan tulang dan gigi terbantut. Apabila bayi telah dilahirkan, akan ada perkembangan bayi yang menjadi lambat seperti lambat duduk, lambat berjalan, gigi tidak kuat dan sebagainya.

Berikut merupakan keburukkan yang dapt dielakan dengan mengambil kalsium yang mencukupi.

Kejang kaki

Semakin lama kandungan semakin berat beban yang dikandung. Saraf-saraf kaki akan tertekan yang akan menyebabkan kaki kita tegang dan kejang. Kandungan fostor yang tinggi ini yang menyebabkan kaki anda kejang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Ianya sangat sakit. Minta bantuan suami atau siapa untuk membantu mengurangkan kekejangan kaki anda.

Sakit gigi

Sakit gigi sering berlaku kepada ibu mengandung. Segelintir ibu mengandung akan mengalami kesakitan gigi yang amat berbanding melahirkan anak. Hal ini berlaku kerana si ibu kekurangan kalsium yang mana bayi anda telah mengambil kandungan kalsium dalam tulang dan gigi ibu. Oleh itu, banyakkan memakan kalsium.

Risiko pra-eklampsia

Kira-kira 14 kajian yang tersenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati, risiko tinggi untuk meenghidapi pra-eklampsia atau tekanan darah tinggi. Ianya juga boleh membawa maut bagi ibu dan bayi apabila kenaikan darah terlalu tinggi. Ia boleh berlaku seawall 20 minggu kehamilan.

Berikut merupakan kalsium yang boleh di ambil oleh ibu mengandung.

Bayam Merah

Bayam merah merupakan sayuran yang kaya dengan kalsium dan vitamin yang baik untuk ibu hamil. Harga bayam merah lebih mahal daripada bayam hijau. Namun, bayam merah ini sangat sedap apabila dibuat sup.

Brokoli

Brokoli sangat bagus untuk ibu mengandung. Brokoli sangat banyak khasiat antaranya dapat mencegah kanser. Kandungan kalsium dalam brokoli dapat membantu ibu mengandung untuk lebih sihat. Si ibu boleh buat sup brokoli atau salad atau goring brokoli ala-ala cina. Jangan lupa cuci brokli sehingga bersih.

Lobak

Lobak mengandungi kalsium yang mencukupi untuk ibu mengandung. Lobak juga baik untuk mata.

Kacang

Kacang mempunyai banyak khasiat, ia dapat membantu ibu hamil juga ibu menyusu. Pastikan anda tidak alergi dengan kacang. Anda boleh makan kacang bila-bila masa sahaja di mana-mana.