Bayi yang selalu menendang perut anda tandanya dia seoarang yang aktif.  Ianya salah satu pengalaman yang menakjubkan terutama jika anda pertama kali mengandung. Jadi bilakah waktu bayi akan menendang perut anda?

Bayi 10 minggu

Bayi yang sudah berusia 10 minggu dalam kandungan sudah mua menendang-nendang perut si ibu. Akan tetapi oleh kerana janin masih kecil, si ibu tidak akan merasai secara ketara. Bagi yang mengandung anak pertama akan mula merasakan pergerakan bayi pada usia 17 minggu kandungan. Manakala si ibu yang sudah berpengalaman akan merasainya dengan lebih awal. Ajaib!

Selepas makan

Secara purata seseorang bayi dalam kandungan akan menendang sekitar 15-20 kali sehari. Kebiasaannya, mereka akan lebih banyak menendang apabila kita selesai makan. Bayi juga akan respon terhadap suara-suara yang kuat. Apabila ibu yang mengandung makan, gula darahnya akan bertambah yang mana gula ini akan dikongsikan bersama bayi dalam kandungannya. Tidak percaya? Cuba minum segelas jus oren dan kira berapa tendangan yang anda dapat.

Sihat

Pergerakkan atau tendangan yang cukup kerap menunjukkan bahawa bayi anda sihat walafiat. Selain itu, ibu juga kadangkala akan merasakan pelbagai pergerakkan seperti tersedu, membelok badan dan sebagainya. Hal ini menunjukkan perkembangan bayi yang positif.

Tendangan rendah

Jumlah tendangan yang rendah, sila maklumkan kepada doktor. Hal ini menunjukkan janin anda stress. Kebanyakkan doktor akan bertanya berapa kali kandungan anda akan menendang perut anda tetapi kebiasaannya ramai ibu yang tidak mengira kerana sibuk dengan urusan harian. Jika ini berlaku, ibu harus memahami corak pergerakan bayi, ambil masa untuk mengenalpasti corak tidur dan jaga bayi.

Baring sebelah kiri

Apabila ibu berbaring sebelah kiri akan menyebabkan tendangan bayi yang kerap. Hal ini kerana bekalan darah dan nutrient ke plasenta ke janin. sebab itu bayi aktif dan anda merasakan peningkatan dalam pergerakan bayi. Menurut kajian, bayi tidur dalam kandungan selama 17 jam sehari yang mana kebiasaannya waktu sekitar 40 hingga 50 minit sekali.