Si Kecil Susah Bangun Sahur? Ayuh Baca Ni

Home » Tateh Blog » Si Kecil Susah Bangun Sahur? Ayuh Baca Ni

Si Kecil Susah Bangun Sahur? Ayuh Baca Ni

Selamat berpuasa. Sudah hari ke 12 kita berpuasa. Ibu bapa bagaimana? Ada masalah untuk mengajak anak-anak berpuasa? Berikut mesti antara cabaran kanak-kanak berpuasa yang dihadapi oleh ibu bapa bukan?

  • Susah bangun sahur
  • Mudah lapar dan penat
  • Terliur apabila nampak makanan di sekolah (pakcik jual jajan)

Sebenarnya, tiada usia spesifik untuk melatih anak mula berpuasa akan tetapi secara umumnya, kanak-kanak boleh di didik sejak awal usia 7 tahun setakat yang mereka mampu. Jangan sesekali paksa mereka jika mereka tidak mampu. Kita harus menanamkan dalam minda dan hati mereka unutuk seronok berpuasa. Ayuh ikuti tips berikut untuk mendidik anak-anak supaya sentiasa bersemangat berpuasa.

Fahami maksud puasa

Puasa menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh mmebatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat. Gunakan teknik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Berikan anak-anak anda akan kefahaman berpuasa, kelebihan dan ganjaran pahala puasa itu. Beritahu mereka akan ganjaran syurga yang dijanjikan Allah S.W.T. Sampaikan dalam bentuk cerita, atau kisah-kisah Nabi atau mainkan video berkenaan puasa.

Latih secara berperingkat

Godaan makan dan minum ketika bulan puasa adalah cabaran paling utama tak kira si kecil mahupun dewasa. Kaedah paling terbaik adalah melatih si kecil secara berperingkat seperti puasa separuh hari. Ibu bapa digalakkan untuk membuat jadual sebagai salah satu cara untuk menaikkan semangat si kecil dalam kalangan adik beradik. Tapi ingat, jangan sesekali membanding-bandingkan anak anda dengan adik beradik yang lain mahupun anak orang lain. Lihatlah sendiri mereka berpuasa secara rela hati. Ajarkan mereka dengan solat 5 waktu atau secara berjemaah.

Makanan sihat dan seimbang

Sediakan pemakanan seimbang yang lengkap dengan protein dan karbohidrat. Bonus jika ianya makanan kegemaran mereka. Biarkan mereka makan banyak supaya kekal bertenaga sepanjang hari di sekolah. Jangan lupa juga air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi. Jangan sesekali skip sahur. Jika breakfast itu penting di bulan biasa, sahur juga penting. Jika si kecil susah bangun sahur, suruh mereka tidur awal supaya mereka senang bangun kerana tidur mencukupi.

Pujian

Apabila anak anda berjaya puasa penuh ataupun tidak, puji mereka, ucapkan tahniah. Sokongan ibu bapa sangatlah penting. Sesetengah kanak-kanak bukanlah sengaja memberi alasan, luangkan masa bersama mereka, berikan galakkan untuk terus berpuasa.

By |2018-05-28T15:51:16+00:00May 28th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment