Elakkan Makanan Ini Ketika Mengandung

Home » Tateh Blog » Elakkan Makanan Ini Ketika Mengandung

Elakkan Makanan Ini Ketika Mengandung

Pada awal kehamilan terutama 3 bulan pertama, kandungan janin mestilah di jaga dengan betul bagi mengelakkan keguguran. Pemakanan yang seimbang penuh nutrisi dan gizi sangatlah diperlukan tubuh ibu dan janin. makanan yang sedap ni selalutak sihat ye tak? Harini kak sha nak kongsi makanan yang tidak digalakkan untuk makan ketika mengandung.

Nenas

Protease Bromealin, yakni enzim yang terkandung dalam buah nenas adalah tidak baik pada peringkat awal kehamilan, yang mana boleh mengakibatkan kontraksi dan keguguran. Dengan kata lain buah nenas ni tajam.

Daging

Bakteria ‘toxoplasma’ adalah bakteria utama dalam daging terutamanya daging separuh masak. Pastikan masakan anda dimasak pada suhu yang betul.

Ikan Sardin

Ikan mengandungi kandungan protein dan vitamin yang tinggi yang bagus untuk ibu mengandung tapi ingat ikan segar sahaja tau. Pastikan anda tidak memakan ikan-ikan yang telah tercemar yang bahaya untuk kandungan yang boleh menyebabkan keguguran. Tambahan pula, katakana tidak kepada ikan-ikan dalam tin seperti ikan sardin. Boleh makan tapi kurangkan terutama sekali ketika 3 bulan pertama kehamilan. Hal ini kerana ada kandungan pengawet yang boleh meningkatkan tekanan darah ibu mengandung.

Durian

Durian mengandungi asam arachidonat dan alkohol sangat tidak baik untuk ibu hamil. Asam itu akan membentuk prostaglandin yang boleh merangsang kontraksi yang mengakibatkan keguguran. Bayi pramatang juga boleh terjadi.

Kerang mentah

Kerang mentah boleh menjadi punca utama keracunan makanan disebabkan oleh parasit dan bakteria laut. Oleh itu, elakkan memakan makanan mentah yang berkerang seperti kerang, lala, tiram, kupang dan kepah. Telur ketam juga tidak elok untuk ibu hamil kerana ada sesetengah ibu suka memakan telur ketam di sushi king. Walaubagaimanapun, jika ianya dimasak dengan sempurna tidak menjadi masalah untuk anda makan.

Oleh yang demikian, ibu-ibu hamil perlu tahu 100% jenis dan kandungan makanan apa yang mereka makan setiap hari. Jika tidak pasti dapatkan pandangan atau nasihat orang yang lebih tahu. Walaubagaimanapun, faktor keguguran bukan sahaja terhadap makanan. Sayang anak sayang diri juga. Sekian.

By |2018-05-30T15:49:49+00:00May 30th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment