Mata Panda

Perubahan hormon dan kurang tidur disebabkan terlalu sibuk menjaga si kecil menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata atau dikenali sebagai ‘eyebag’. Perubahan hormon dan kurang tidur adalah gabungan yang tidak baik. Tambahan pula, kekurangan zat besi (dehidrasi), vitamin C dan asid folik menyebabkan mata keletihan. Peredaran darah yang kurang lancar juga salah satu penyebab eyebag. Untuk merawat lingkaran hitam ini, anda boleh menggunakan serum atau krim khas untuk mata yang mengandungi SPF. Selain itu, minum air 8 gelas 8 auns (8×8) sehari adalah cara penghidratan yang betul. Kekal terhidrat untuk memulihkan dehidrasi. Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengatasi masalah kekurangan zat. Sebenarnya benarnya, dapatkan rehat yang mencukupi. Cukup tidur, makin berseri, makin bertenaga.

Rambut Gugur

Rambut gugur antara salah satu masalah kecantikkan selepas bersalin. Hormon semasa mengandung menyebabkan keguguran rambut normal. Akan tetepi, selepas bersalin, kebiasaannya rambut akan gugur dengan kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, elakkan mengguna bahan kimia atau pewarna rambut kerana perkara ini akan membuatkan rambut anda gugur lebih banyak. Justeru, gunakan syampu dan perapi khas untuk ibu bersalin untuk masalah rambut gugur. Makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah, sayur-sayuran dan kekacang sangat penting untuk mengekalkankulit kepala yang sihat.

Strecth Mark

Stria kehamilan (stretch mark) berlaku di peringkat terakhir kehamilan. Hal ini kerana kulit regang semasa hamil akan kecut mendadak selepas bersalin. Regangan ini akan jelas kelihatan perut, payudara, punggung, paha dan belakang lutut. Kulit akan membentuk seperti lipatan dan kelihatan seperti selulit yang nampak seperti kesan koyak yang pada mulanya bewarna ungu atau merah yang mungkin boleh pudar seiring dengan  masa. Rajinkanlah sapu krim pelembab. Kulit akan lebih anjal dan bertambah baik jika anda kerap menyapu atau mengurut menggunakan krim pelembab.

Kulit Sensitif

Selepas bersalin, kulit akan menjadi sangat sensitif, kering mengelupas dan berkuping. Kulit akan menjadi kering, merah di pipi hidung dan mulut. Punca masalah ini ialah perubahan hormon. Hormon boleh menyedut lipid kulit yang menyebabkan kulit kusam dan tompokan kulit kering dan mengelupas di muka. Ianya akan menjadi masalah serius jika dibiarkan dan tidak dirawat. Pastikan kulit anda sentiasa lembab. Kulit lembab bermakna anda tidak kutang penghidratan. Gunakan pencuci muka dan krim pelembab yang bebas daripada aditif, komedogenik dan melindungi kulit daripada sinar UV bagi mengurangkan kekeringan kulit. Selain itu, anda juga boleh gunakan produk kecantikkan yang mengandungi lipid semulajadi seperti shea butter atau minyak biji jojoba. Amalkan pengambilan Vitamin C, E dan Kolagen yang boleh membuatkan kulit tidak kering.

Melasma

Melasma terjadi akibat pendedahan dengan sinar UV, paras hormon estrogen, progesterone yang tinggi dan genetik yang mengakibatkan kulit gelap. Kebiasaannya, ia akan hilang dengan sendiri tetapi memakan masa yang lama. Kegelapan tompok-tompok ini semakin teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak. Gunakan krim pelindung matahari sekurang-kurangnya  SPF 30 boleh mengurangkan risiko melisma. Anda juga boleh berunding dengan pakar dermatologi untuk rawatan yang boleh menghilangkan kesan melisma dengan segera.

Senang tak? Anda hanya perlu rajin.