Mainan Apakah Yang Sesuai Untuk Bayi?

Home » Tateh Blog » Mainan Apakah Yang Sesuai Untuk Bayi?

Mainan Apakah Yang Sesuai Untuk Bayi?

Bermain sangat digemari oleh semua peringkat umur sejak lahir lagi. Memberi anak-anak anda alat permainan sangat baik untuk perkembangan mereka. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menghiburkan dan antara waktu yang berkualiti untuk perkembangan otaknya. Walaubagaimanapun, ramai ibu-ibu yang main beli dek kerana rambang mata tengok pelbagai jenis mainan untuk si kecil alih-alih anak tak suka pula. Jom baca permainan yang sesuai dengan bayi.

Keselamatan

Keselamatan adalah perkara nombor 1 yang perlu di ambil tahu oleh semua ibu bapa. Pastikan sebelum membeli ianya selamat untuk bermain. Pastikan ianya sesuai mengikut umur.

0-3 Bulan

Pada peringkat ini bayi masih lagi muda, lembut dan dalam proses mengenal sesuatu, sebaiknya dedahkan mereka dengan perkara yang boleh merangsang stimulasi deria. Seperti yang kita tahu penglihatan bayi baru lahir masih terhad. Belikan bayi permainan warna terang yang memiliki pelabagai fungsi dan bunyi. Antara contohnya ialah patung lembut yang diperbuat daripada kain pelbagai warna yang boleh digantungkan di katil dan perhatikan gerakan mata bayi. Zaman dah maju ada pelbagai permainan muzik lembut yang boleh disekalikan dengan katil yang boleh menggembirakan hati bayi.

Walaubagaimanapun, secara umumnya, mainan terbaik unutk bayi baru lahir ialah suara ibunya, pelukan dan belaian daripada ibunya atau orang yang dia suka.

3-6 Bulan

Usia 3-6 bulan, si kecil sudah boleh bermain dan sudah memahami rentak si ibu. Kesemua deria bayi telah berfungsi dan berkembang. Kemahiran memegang, menarik, mencapai objek mula ditonjolkan oleh bayi. Oleh yang demikian, belikan mereka permainan yang selamat untuk mereka tarik, di tekan, diputar dan yang pasti permainan yang mengeluarkan bunyi boleh menarik perhatian mereka. Pada peringkat ini juga, mereka sudah boleh suka akan sesuatu produk yang boleh terbawa-bawa sehingga dewasa. Contohnya, anak patung atau patung berbunyi seperti itik getah, teether untuk merangsang pertumbuhan gigi, dan juga alat permainan yang boleh ditekan untuk merangsang deria bayi.

6-9 Bulan

Buku adalah perkara yang paling bijak untuk dilakukan oleh ibu bapa pada usia sebegini. Berikan mereka buku kain sesuai untuk bayi yang menarik warna warni kerana keupayaan bayi untuk memegang objek yang menarik adalah lebih pantas. Nak nak lagi ada sesetengah bayi sudah mampu untuk duduk. Satu panorama yang sangat menarik untuk kenangan! Gigi juga dah mula tumbuh! Justeru, pastikan ianya selamat digigit dan tidak mudah untuk ditelan. Permainan blok kain yang berfungsi sebagai penyusunan sangat bagus untuk minda bayi. Selain itu, anda boleh juga berikan mereka sudu plastik, senduk, mangkuk yang selamat, mana tahu besar nanti boleh jadi chef! ;) Jika anda berminat untuk menjebakkan anak anda dalam muzik mungkin anda boleh beri mereka alat permainan seperti piano, violin yang lembut yang ada bunyi yang mana boleh membantu banyi membezakan bentuk atau jenis-jenis bunyi. Konsep. Itu penting.

Oleh yang demikian, membeli alat permainan yang berkualiti dan berfungsi sepenuhnya ialah salah satu pelaburan yang sangat bagus dan bijak untuk membentuk si kecil yang berkualiti.

 

By |2018-05-31T12:18:45+00:00May 31st, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment