Kerap Buang Air

Air kencing menjadi lebih banyak disebabkan oleh buah pinggang bekerja keras untuk menapis isipadu darah yang bertambah. Tambahan pula, bayi yang semakin hari semakin membesar menyebabkan rahim yang menekan pundi kencing. Oleh sebab itu si ibu akan kerap ke tandas pada waktu malam kerana bayi  aktif pada waktu malam.

Banyak minum air

Air memang sangat diperlukan ketika mengandung. Ibu mengandung yang mengalami masalah tidur digalakkan untuk mengurangkan jumlah pengambilan air sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum tidur atau selepas makan malam. Minuman yang mengandungi kafein dan soda sangatlah tidak digalakkan kerana ini salah satu sebab kekerapan buang air kecil.

Denyutan jantung

Jantung akan mengepam lebih banyak darah ketika mengandung yang mana akan menyebabkan jantung si ibu mengandung berdenyut agak laju berbanding wanita normal. Kajian mengatakan isipadu darah meningkat 30%-50% ketika mengandung. Hal ini kerana jantung bekerja keras untuk menyalurkan darah ke rahim secukupnya ke seluruh tubuh.

Masalah pernafasan

Hormon kehamilan menyebabkan wanita hamil mengalami masalah pernafasan seawall kehamilan yang akan menyebabkan wanita ini menarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan udara. Apabila perut semakin membesar akibat pembesaran bayi, secara tidak langsung akan menekan otot di bahagian bawah paru-paru atau dikenali sebagai diafgram.

Pedih ulu hati

Seiring dengan masalah pernafasan yang disebabkan perut semakin membesar, pedih ulu hati juga boleh berlaku yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur. Apatah lagi apabila perut semakin membesar menyebabkan rahim menekan usus besar dan perut. Sistem pencernaan tubuh ibu mengandung adalah  lemah dan ianya normal. Pedih ulu hati akan terjadi apabila makanan yang dimakan akan tinggal dalam perut dan usus untuk jangka masa yang lama yang juga akan menyebabkan sembelit.

Kekejangan kaki

Secara fizikal jelas kita nampak apabila mengandung berat badan akan naik yang mana akan menyebabkan bahagian kaki dan belakang badan sakit. Semasa hamil, hormon relaxin emmbantu mempersiap tubuh untuk proses kelahiran. Relaxin ini akan melonggatkan ligamen tubuh menjadikan badan kita kurang stabil dan mudah untuk sakit di bahagian belakang badan.