Mengandung tapi nak puasa? Ayuh ikuti tips sihat ini.

Home » Tateh Blog » Mengandung tapi nak puasa? Ayuh ikuti tips sihat ini.

Mengandung tapi nak puasa? Ayuh ikuti tips sihat ini.

Salam Ramadan dari Kak Sha. Ibu-ibu mengandung mesti teruja nak sambut bulan mulia bulan Ramadan bulan penuh pahala bukan? Namun, mungkin ada dalam kalangan ibu mengandung sekalian berasa risau akan kesihatan  bayi jika berpuasa. Anda boleh berpuasa akan tetapi perlu ada nasihat daripada doktor puan kalian. Jom ikuti tips ini jika anda menunaikan ibadah puasa.

Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang dan betul nescaya anda sentiasa bertenaga. Pastikan hidangan sahur dan berbuka ibu-ibu sekalian penuh dengan nutrisi. Kandungan Karbohidrat seperti roti dan nasi ialah makanan paling penting. Tambahan pula, jangan lupa sayur-sayuran dan makanan protein tinggi seperti daging, ikan dan kekacang. Jangan lupa kurangkan makanan bergula. Kak shat ahu ramai yang pergi bazar Ramadhan rambang mata tengok kuih muih pelbagai jenis pelbagai warna yang menarik. Tahukah ibu-ibu sekalian kuih muih itu mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kalau boleh kurangkan. Kurangkan sahaja jangan tak makan terus.

Kurma

Semua orang tahu kurma ialah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. YAKNI makanan yang sihat. Ibu-ibu boleh amalkan meminum jus kurma. Anda boleh dapatkan jus Al-Kurma di www.tateh.com.my RM20  sahaja sebotol.

Air

Banyakkan minum air kosong atau mineral ketika berbuka mahupun sahur supaya ibu-ibu kekal hidrasi di siang hari. Penting ya ibu-ibu.

Tenusu

Susu, Yogurt, dadih dan pelbagai produk tenusu adalah sangat digalakkan bagi ibu hamil. Produk tenusu mengandungi protein dan zat kalsium yang tinggi yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. 1000mg sehinggan 1300mg kalsium diperlukan untuk menyusukan bayi.

Suplemen

Suplemen multivitamin seperti vitamin C, E dan omega 3 boleh dijadikan makanan zat tambahan semasa mengandung untuk memenuhi kandungan zat yang diperlukan tubuh si ibu mengandung. Tapi ingat, jangan pula abaikan makanan sihat yang lain. Khasiat daripada pelbagai jenis makanan sangat diperlukan ketika mengandung bagi memastikan kesihatan bayi dan juga diri sendiri sentiasa sihat dan bertenaga.Vitamin D juga diperlukan bagi memastikan kalsium diserap sepenuhnya. Anda boleh mendedahkan kulit kepada cahaya matahari sebelum jam 10 pagi.

Like dan share artikel ini jika memberi manfaat. Selamat menjalani ibadah puasa.

By |2018-05-24T10:55:02+00:00May 24th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment