Postpartum depression’ atau kemurungan sering terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai meroyan. Ramai yang memandang remeh akan isu ini. Kebanyakkan para ibu gagal mengawal kemurungan kerana orang di sekelilingnya tidak mengambil berat yang mana mereka menganggap ianya perkara biasa. Kemurungan boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua. Penyakit ini tidak mudah hilang jika tidak diberi rawatan dan sokongan orang sekeliling.

Berikut merupakan symptom-sympton kemurungan yang jelas.

  • Muram
  • Benci bayi
  • Resah gelisah
  • Tiada perasaan atau jiwa kosong
  • Pening
  • Cepat berputus asa
  • Letih
  • Selalu menangis
  • Insomnia
  • Kemarahan melampau
  • Suka berfikir yang bukan-bukan

Justeru, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan oleh wanita yang menghadapi tekanan selepas bersalain ini?

Suami!

Para suami hendaklah sentiasa peka dengan si isteri. Sayangi isteri anda. Jangan buatkan isteri anda tertekan dan terasa tidak disayangi. Si isteri pula hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan suami. Jangan pendam perasaan anda. Sentiasa memberitahu apa yang anda rasa dan apa yang anda perlukan. Jadi, suami mestilah mendengar dan memenuhi permintaan mereka sebaik mungkin.

Menangis

Hormon ketika mengandung peringkat trimester adalah paling maksimum. Hormon akan berubah secara mendadak selepas bersalin. Justeru, apabila bayi telah dilahirkan, si ibu perlu menyesuaikan diri keadaan yang baru. Bayangkan. Kajian Dr. Kimberly Zittel (Profesor di SUNNY Buffalo dan penulis Postpartum Mood Disorders: A Guide for Medical, Mental Health and Other Support Porviders) mengatakan salah satu cara badan kita memberi tindak balas untuk menerima perubahan hormon ini ialah melalui air mata. Maka, anda jangan terkejut jika perkara ini berlaku yang mana boleh mendorong anda lebih stress.

Berehat

Berpantang ialah berehat. Banyakkan berehat. Tidur ketika bayi tidur. Masa itu pasti ada. Suami atau keluarga perlu ambil berat akan hal ini. Sudah tentu , sebelum bayi lahir tiada yang menggangu. Anda harus bijak menguruskan masa anda dengan tenang. Abaikan segala kerja-kerja rumah yang berat-berat sehingga anda betul-betul bertenaga dan sihat sepenuhnya. Jika anda letih anda akan mengeluh dan tekanan akan berlaku.

Tungku dan urut

Amalan tradisional ini sangat bagus untuk membantu melancarkan aliran darah terutama darah nifas dan menghilangkan sakit-sakit badan. Ianya menjamin kesihatan dan darah kotor nifas keluar sehingga habis. Selain itu, bertungku dapat mengecutkan Rahim anda seperti sediakala. Bayi anda juga perlu bertungku dan urutan bayi. bayi yang selalu menangis juga boleh menjadi salah satu punca kemurungan kerana si ibu tidak tahu cara untuk menangani bayi yang kuat menangis.

Bersikap Positif

Sentiasa bersikap positif walau apa jua yang menimpa diri. Tuhan sentiasa ada untuk makhluknya. Bagi seorang muslim, Al-Quran panduan paling penting. Banyakkan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir. Kita juga boleh membaca potongan ayat Al-Quran yang menjadi amalan kita.  Semoga, dengan cara ini dapat menenangkan hati dan dijauhi daripada hasutan syaitan. Jangan biarkan minda anda terlalu memikirkan sesuatu yang negative dan paranoid.