Artikel pada jumaat penuh barakah hari ini adalah tanggungjawab atau tugas yang perlu dilakukan oleh suami ketika isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat anda.

Barang keperluan sendiri

Jangan lupa bawa sedikit snek seperti kurma, roti dan minuman jika anda ingin berada agak lama di hospital. Selain itu bawalah keperluan untuk diri sendiri seperti baju, berus gigi dan keperluan utama yang lain. Jangan abaikan kebajikan anda sendiri.

Jangkaan

Si suami perlu tahu apabila si isteri mula rasakan kontraksi, si isteri akan mengalami kesakitan yang berpanjangan. Jangan ambil hati jika emosi si isteri tidak stabil, merengus marah kerana itu adalah kesakitan yang bercakap. Fasa awal kontraksi, urutan mungkin dapat menenangkan ister, walaubagaimanapun, urutan tidak akan berkesan di akhir kontraksi. Suami perlu sabar dan mengalah.

Motivasi

Kata-kata semangat daripada suami membuatkan isteri akan lebih bersemangat untuk terus melawan kesakitan terutama apabila semakin hampir untuk melahirkan bayi yang mana kesakitan sangat terasa. Alunan zikir dan ayat-ayat Al-Quran jangan dilupakan. Berikan tangan anda untuk digenggam isteri terutama ketika meneran supaya si kecil mudah dilahirkan. Hati-hati. Jangan berikan rambut anda. Ketika ini tenaga isteri anda berada diperingkat maksimum.

Teknik Pernafasan

Sentiasa ingatkan si isteri akan teknik pernafasan yang betul. Sebab itu bakal ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan kelas antenatal terutamanya jika ini pengalaman kali pertama, praktikkan apa yang dipelajari. Jangan biarkan si isteri sahaja yang perlu peka. Hal ini kerana apabila seseorang itu dalam kesakitan, dia akan mudah lupa. Memang aka nada doktor dan staff yang akan mengingatkan, tetapi jika suami dapat membantu adalah lebih baik. Teknik pernafasan yang betul dapat mengurangkan kesakitan dan memudahkan kelahiran bayi.

Urutan Kelegaan

Urut isteri anda dengan lembut penuh kasih sayang. Kasih sayang ubat terbaik setiap kesakitan. Kajian mengatakan urutan yang betul boleh melepaskan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksi. Tidak perlu berurut seperti orang yang terseliuh. Cukup sekadar mengurut di bahagian bahu bagi membantu si ibu bernafas dengan teratur. Selain itu, urut pergelangan dan tapak tangan yang mana mampu menenangkan si ibu yang akan bersalin. Tambahan pula, urut kaki dari buku lali ke jari kaki atau buat lingkaran ibu jari di seluruh tapak kaki. Ini secara tidak langsung dapat melegakan si ibu. Ia mampu memanaskan kaki yang sejuk.

Urusan Uri Bayi

Placenta adalah organ yang terbentuk dalam rahim semasa kehamilan yang dipenuhi salur darah ayng bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm berfungsi sebagai pemberi zat makanan dan oksigen kepada janin. Hal yang demikian, placenta akan mengecut dan keluar melalai rahim. Uri ini diibaratkan seperti kawan bayi. menjadi tanggungjawab suami untuk menguruskan uri bayi anda dari proses membersihkan uri sehinggalah proses menanam uri. Dapatkan set pengurusan uri di www.tateh.com.my.

Vitamin

Sediakan vitamin dan ubat-ubatan tidak kira secara tradisional mahupun moden. Ianya dapat membantu proses berpantang si isteri berjalan lancar dan kembali pulih seperti sedia kala.