Bagi sesetengah ibu bapa moden, memberi puting kepada bayi adalah salah satu alternatif paling mudah untuk mereka. Berikut merupakan beberapa kebaikan memberi puting kepada bayi.

Refleks

Semua bayi baru lahir akan ada satu tabiat menghisap semula jadi yang mana adalah refleksi normal bagi bayi. Namun, ia tetap bergantung kepada bayi. Hal ini kerana ada sesetengah bayi menghisap apabila kepenatan, bosan, ingin dipujuk dan sebagainya. Oleh itu, puting bayi atau puting dummy boleh digunakan untuk memenuhi keperluan bayi. Akan tetapi harus diingatkan jangan menggunakan puting secara berlebihan kerana akan memberi impak negatif kepada bayi seperti bayi tidak mahu menyusu atau makan.

 

Penenang Bayi

Kajian mengatakan bayi baru lahir boleh menangis secara purata hampir 3 jam. Memberi puting kepada bayi membolehkan seseorang bayi itu tenang. Dengan menghisap puting boleh membantu hormone daripada otak bayi yang sapat melenyapkan rasa stress. Tempoh masa bayi menangis boleh meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika si ibu memberikan puting kepada si bayi.

 

Perkembangan Bayi Pramatang

Kajian membuktikan kesan positif kepada bayi pramatang. Tempoh bayi untuk discaj daripada unit rawatan rapi juga boleh jadi lebih awal. Selain itu, puting membantu bayi meningkatkan berat badan dengan lebih cepat disamping mengurangkan risiko dan komplikasi semasa proses pemantauan hospital.

 

Urusan Mudah

Menjaga bayi tidaklah semudah yang di sangka. Ianya lagi sukar daripada melahirkan terutama sekali kepada ibu bapa yang pertama kali mempunyai anak. Pelbagai persediaan perlu difikir dan disediakan. Stress tidak akan lari kerana tidak cukup tidur dan sibuk dengan bayi juga kerja nak nak lagi jika si ibu sedang berpantang. Menjadi lumrah bayi kerap menangis tanpa diketahui punca bayi menangis yang mana akan menyebabkan ibu bapa kelam kabut seketika. Oleh itu penggunaan puting sangat memberi manfaat kepada bayi.

Walaubagaimanapun setiap kebaikan pasti ada keburukan. Di bawah adalah kesan puting kepada bayi.

 

Telinga

Jangkitan telinga yang berpunca daripada aktiviti  menghisap puting yang mana boleh mengubah tekanan tengah dalam telinga,

 

Gigi

Risiko untuk gigi anak anda jongang adalah tinggi kerana menghisap puting terlalu lama. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan gigi. Oleh itu elakkan membiarkan bayi anda menghisap puting terlalu lama apatah lagi apabila telah tumbuh gigi. Ada banyak produk di luar sana kini telah menginovasi puting bayi kepada anti-jongang.

 

Lambat bercakap

Berkemungkinan besar anak anda sukar bercakap kerana terlalu asyik menghisap puting. Hal ini kerana kebanyakkan bayi akan ketagih mahukan puting. Secara tidak langsung menjejaskan kebolehan bayi untuk bercakap.

 

Tahu tak bagaimana cara untuk menjaga puting? Ayuh ikuti tips ini.

Pastikan anda sentiasa ada puting kosong lebih.

Sterilkan puting dalam air mendidih selama 5 minit.

Jika putting jatuh di lantai basuh dengan air panas bersabun. Bakteria di mana-mana. Jaga kesihatan bayi anda.

Pilih puting mengikut umur si kecil.

Jangan ikat puting dengan benda lain kerana dikhuatiri risiko tercekik.

Sekian. Esok puasa! Selamat berpuasa!