Tips Beli Baju Mengandung

Home » Tateh Blog » Tips Beli Baju Mengandung

Tips Beli Baju Mengandung

Jangan stress ketika perut memboyot ya ibu-ibu. Kebiasaannya, ibu-ibu akan mula pergi shopping baju mengandung apabila kandungan telah mencecah usia 3 hingga 7 bulan. Ayuh ikuti tips ini.

Cotton

Baju mengandung yang diperbuat daripada kain kapas atau dikenali sebagai cotton adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana badan akan lebih panas ketika mengandung dan juga suhu di Malaysia yang panas, fungsi cotton adalah serap peluh. Jadi , pakai baju yang selesa dengan anda juga cuaca. Tambahan pula, zaman sekarang yang mereka baju besar diperut yang mana satu kelebihan kerana boleh diguna lagi pada masa akan datang.

Warna Terang

Pemakaian baju yang terang ketika mengandung akan menambahkan seri ibu mengandung yang mana akan nampak lebih bertenaga dan ceria. Selain itu, ianya juga dapat mengekalkan keyakinan dalam diri ibu-ibu untuk memakai apa sahaja jenis baju tanpa ada rasa ‘down’ dek kerana perut memboyot. Contohnya, pakailah warna seperti pink terang, kuning, merah oren dan sebagainya.

Dress labuh

Adalah sangat digalakkan untuk ibu-ibu memakai dress berbanding seluar. Hal ini kerana, anda senang untuk beranak jika ianya berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, anda tidak perlu membeli seluar pelbagai saiz yang mana akan berubah mengikut saiz badan dan perut. Tambahan pula, ibu mengandung akan nampak lebih cantik dan ayu jika memakai dress labuh tanpa perlu memikirkan saiz perut yang semakin membesar. Ianya juga boleh di pakai ke majlis-majlis seperti majlis berbuka. Pastikan anda membeli dress yang tidak mempunyai cerutan di pinggang dan sesuai untuk penyusuan bayi pada masa akan datang.

Mix & Match

Secara umumnya, beli skirt atau seluar berwarna gelap seperti hitam atau biru gelap yang mana sangat mudah untuk dikenakan dengan pelbagai baju yang terang-terang. Malaysia panas so boleh beli baju sleeveless yang boleh dipakai di dalam rumah mahupun di luar. Anda boleh kenakan dengan cardigan jika mahu keluar rumah.

Bra extender

Beli bra yang sangat bersesuaian untuk ibu mengandung. Bra ibu mengandung namanya. Boleh didapati di butik tateh atau www.tateh.com.my. Bra mengandung selalunya direka khas untuk semua trimester ibu mengandung. Jika anda mengalami masalah ekonomi nak lebih jimat, beli bra extender atau penyambung bra.

Seluar

Jika anda telah terbiasa dengan memakai dan seorang yang tidak boleh dengan memakai kain, sebaik-baiknya beli seluar berwarna gelap kerana mudah dipadankan dengan baju pelbagai warna. Elakkan daripada membeli seluar yang menekan perut. Beli seluar yang longgar dan boleh di ubah dibahagian pinggang.

 

By |2018-05-29T16:30:50+00:00May 29th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment