Atasi Sembelit Baby Anda Dengan Cara Ini

Home » Tateh Blog » Atasi Sembelit Baby Anda Dengan Cara Ini

Atasi Sembelit Baby Anda Dengan Cara Ini

Apakah punca bayi anda sembelit?

  • Kekurangan serat dalam badan
  • Kurang minum air kosong (dehidrasi)
  • Terlalu bergantung dengan susu formula atau susu tepung
  • Kurang hormon thyroid

 

Ketahui simptom-simptom sembelit. Jangan terlepas pandang ye mak-mak sekalian.

  • Hilang selera makan
  • Banyak ragam, suka merengek
  • Perut kelihatan buncit / kembung
  • Tiada peningkatan berat badan
  • Kekuningan yang tidak reda selepas dilahirkan
  • Kurang membuang air besar (< 3 kali seminggu)

 

Anak diserang sembelit. Apa yang perlu ibu-ibu dan ayah sekalian lakukan? Berikut Kak Sha kongsikan yang mana selalu Kak Sha amalkan.

Gosok lembut

Tangan paling sakti adalah tangan seorang ibu. Anda sebagai ibu, gunakan tangan sakti anda. Urut atau gosok lembut perut bayi. Kebiasaannya bayi akan diam kerana mendapat ketenangan. Urut bermula dari pusat mengikut keluar arah jam. Boleh dapatkan pelbagai minyak bayi di www.tateh.com.my

Susu

Tukar jenama susu formula jika bayi minum susu formula. Tukar sehingga anak anda sesuai dengan susu tersebut.

Sunquick

Ibu-ibu boleh cuba berikan Oren Sunquick campur sedikit gula kepada bayi. Pastikan bayi anda telah melebihi 10 bulan. Pastikan juga ianya Oren bukan mangga bukan limau ya.

Air Kosong

Berikan air kosong secara kerap tetapi sedikit sedikit bagi mengelakkan bayi kembung air dan tersedak. Nanti kisah lain pula yang jadi.

 

Ikuti tips ini bagi mengelakkan anak anda terkena sembelit

Prebiotik

Prebiotik ialah sejenis serat yang tidak boleh dihadam oleh sistem pencernaan manusia tetapi boleh melembutkan najis. Tambahan pula, prebiotik membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang dapat membantu sistem pencernaan yang lebih sihat. Susu ibu adalah medium utama bayi untuk dapatkan prebiotik. Sebagai contoh sumber prebiotik ialah bawang putih mentah, bawang merah mentah atau maak, dan pisang.

Makanan padat

Makanan padat seperti bubur instant, bijirin boleh menjadi kemungkinan anak anda mengalami sembelit. Sistem pencernaan bayi masih belum berkembang dengan sempurna. Jadi, ianya tidak dapat memproses dengan baik.

Buah-buahan berserat

Bagi bayi yang menyusu susu formula yang mana 6 bulan ke atas, ibu-ibu boleh berikan makanan separuh pejal yang penuh dengan serat dan juga mudah hadam seperti lobak merah yang dikisar. Anda juga boleh berikan mereka jus betik atau jus oren untuk melancarkan proses pencernaan. Betik terkenal dengan kebolehan untuk merangsang pergerakan usus. Berikan juga air kosong untuk kekal hidrasi.

Oleh yang demikian, penjagaan makanan bayi sangat penting. Penyusuan yang lebih kerap, makanan penuh serat, jus buah-buahan segar dapat menjamin bayi anda dari terkena sembelit.

 

 

By |2018-06-05T15:02:36+00:00June 5th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment