Anemia perkara biasa bagi ibu mengandung. Semasa hamil, badan memerlukan banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Justeru, zat besi yang mencukupi sangat penting bagi memastikan sel-sel darah merah yakni darah tambahan mudah terhasil. Apabila anemia berlaku, darah tidak mempunyai sel-sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu anda dan juga bayi.

Ada 3 jenis anemia ketika mengandung

-Anemia kerana kurang folat

Folat dikenali sebagai asid folik, yakni Vitamin B. Folat ini akan menghasilkan sel-sel baru seperi sel darah merah. Kekurangan folat boleh menyebabkan bayi cacat sejak lahir seperti saraf tiub abnormal juga tak cukup berat badan. Oleh itu, ibu mengandung disarankan untuk mengambil folat tambahan

– Anemia kerana kurang zat besi

Untuk menghasilkan haemoglobin yang mencukupi, zat besi sangat diperlukan untuk menghasilkan protein itu. Jika zat besi tak cukup, darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi ke tisu seluruh badan. Kebiasaannya, kekurangan zat besi adalah punca ‘glamor’ anemia.

– Anemia kerana kekurangan vitamin B12

Selain itu, dalam proses pembentukan sel darah merah, vitamin B12 sangat penting. Individu yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur merupakan golongan paling berisiko tinggi untuk kekurangan vitamin B12.

6 Simptom Anemia

  • Jantung berdenyut laju
  • Sukar memberi tumpuan akan sesuatu perkara
  • Sesak nafas
  • Fizikal pucat seperti muka, kuku, bibir dan kulit

  • Sentiasa letih dan lemah
  • Pening sentiasa

Ayuh kenali mengapa anemia boleh terjadi ketika mengandung.

  • Punca utama sudah tentu kekurangan zat besi
  • Diet tidak seimbang
  • Sistem dalam badan yang lambat menyerap zat besi
  • Kesan sampingan daripada perubatan
  • Genetik seperti talasemia (sebab itu penting untuk membuat ujian sebelum berkahwin)
  • Pendarahan serius seperti buasir
  • Sudah mengalami anemia sebelum hamil

Anemia akan jadi lebih berbahaya dan berisiko tinggi untuk bayi lahir pramatang jika anda hamil anak kembar. Anda hamil terlalu muda remaja juga berisiko tinggi. Tambahan pula, jika anda banyak muntah disebabkan ‘morning sickness’ sehingga tidak lalu makan juga bahaya.

Oleh yang demikian, pastikan anda mengambil diet sihat seperti yang disarankan oleh doktor demi melahirkan bayi yang sihat walafiat. Amalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan zat dan vitamin. Minum banyak air kosong.