Kejut anak-anak bangun pagi antara perkara paling mencabar buat si ibu yang mana bapanya juga mungkin susah bangun pagi. Terutamanya jika hari bersekolah atau ibu bapa bekerja perlu hantar anak-anak ke taska. Belum lagi kira apabila anak-anak meragam. Jom pelajari cara kejut anak dengan betul tanpa perlu mengamuk.

Sebelum tidur

Makan malam

Ibu-ibu digalakkan untuk beri makan malam awal supaya anak-anak boleh tidur awal. Jam 6 atau 7 adalah waktu terbaik untuk makan malam. Makan malam yang lewat tidak elok untuk kesihatan anak anda. Makan malam yang tersangat berat juga tidak bagus kerana boleh menganggu tidur  si kecil sekaligus susah bangun di subuh hari.

Homework

Pastikan anak-anak menyiapkan homework selepas makan malam. Ajar mereka supaya sentiasa bersedia dengan kelengkapan alat tulis dan susun buku mengikut jadual di malam hari supaya urusan setiap pagi berjalan dengan lancar tanpa banyak ragam.

Gajet

Jauhi mereka daripada perkara melekakan si kecil berjaga sehingga larut malam. Elakkan terlalu mengajar anak anda ke dalam dunia gajet juga hiburan seperti televisyen. Hadkan kepada limit tertentu seperti bermain video game di hujung minggu sahaja.

Reward bangun awal

Anda juga boleh memberitahu si kecil sebelum tidur bahawa anda akan memberikan sesuatu seperti aiskrim atau gula-gula atau apa-apa kesukaan si kecil jika si kecil bangun awal setiap hari.

Tidur awal

Ajak atau suruh si kecil masuk tidur 30 minit awal dari waktu biasa mereka tidur. Contohnya jika mereka tidur jam 10 malam, ajak mereka tidur jam 9.30 malam.

Semasa tidur

Motivasi

Berikan anak anda sedikit motivasi yang boleh memberi semangat 100% keesokan hari. Naikkan semangat mereka supaya sentiasa berkobar kobar untuk lalui kehidupan supaya sentiasa seronok berada di sekolah atau tadika. Ceritakan kepada sekolah mereka akan bertemu ramai kawan-kawan dan cikgu berbanding di rumah.

Suasana

Pastikan anak anda tidur dalam keadaan yang bersih dah mandi, aman yang jauh dari kebisingan, dan kecerahan lampu yang minimum.

Kasih sayang

Peluk cium si kecil sebelum tidur secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam institusi keluarga bahagia. Selesaikan segala konflik adik-beradik jika ada. Pujuk dan pastikan mereka bermaaf-maafan sebelum tidur supaya tidak menggangu emosi di esok hari.

Doa

Perkara paling penting jangan lupa ajar dan suruh anak anda baca doa tidur sebelum tidur. Mengucap dua kali syahadah, Al-fatihah dan 3 Qul adalah yang terbaik.

Selepas tidur

Baca doa bangun tidur

Kejut penuh kasih sayang

Kejut si manja anda dengan nada yang lembut supaya dia tak stress untuk bangkit dari tidur. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka goyang perlahan-lahan, percayalah ianya sangat berkesan. Tetapi ingat jangan goyang atau rentap secara kasar kerana ianya akanmenimbulkan kemarahan si kecil. Kejut secara berperingkat jangan memaksa jangan simbah air ianya akhlak yang kurang bagus. Selain itu, jangan mengetuk bilik terlalu kuat.

Peluk cium

Apabila si manja anda telah bangun, berikan pelukan dan ciuman kasih sayang bagi menaikkan ‘mood’ positif si kecil.