Cloth Diapers Lebih Jimat

Home » Tateh Blog » Cloth Diapers Lebih Jimat

Cloth Diapers Lebih Jimat

Pemakaian lampin kain ini agak kuno dalam kalangan sesetengah pihak.

‘Itu zaman mak aku je yang pakai lampin kain’

‘Sibuk la kerja, takde masa, lampin pakai buang je senang.

Jom baca ni.

Kesihatan

Lampin kain atau Cloth Diaper tidak mengandungi bahan kimia yang memberhaya. Ianya lebih selamat untuk kulit bayi jika nak dibandingkan dengan lampin pakai buang yang mana mungkin mengandungi bahan kimia terutama yang berbau wangi.

Jimat Terlebih

Cloth diaper lebih menjimatkan kerana sekali beli sahajadah boleh digunakan berkali kali sampai buruk tidak seperti lampin pakai buang yang mana habis je, beli, habis je beli. Paling koman sehari 3 keping. Belum lagi kalau bayi cirit birit. Itu baru sorang bayi. Kalau 2 kalau 3? Sebulan sahaja dah hampir RM6k. Cloth diaper lebih jimat yang hanya memakan beratus ringgit sahaja dan mungkin boleh digunakan untuk adik beradik yang lain.

Go green

Cloth diaper di kategorikan sebagai mesra alam kerana dapat mengurangkan hampir 3 juta tan sisa buangan dalam masa setahun. Ianya memakan masa untuk diuraikan sepenuhnya. Ada sesetengah lampin pakai buang ada bahan plastik.

Kini, pelbagai lampin kain moden boleh didapati di pasaran dengan corak dan warna yang menarik. Ada di antaranya sangat sesuai dipakai di siang hari, ada yang di malam hari dan ada juga sesuai untuk keluar rumah. Anda perlu bijak mengkaji dan memilih.

Prefold Cloth Diapers

Lampin prefold ini ialah beberapa helai kain lain yang dijahit berlapis lapis menjadikan lapisan itu tebal diperbuat daripada bahan cotton. Bentuknya empat segi yang boleh dilipat 3 bahagian. Kelebihannya ialah mudah dicuci, mudah kering dan paling penting murah. Sangat digalakkan kepada bayi yang baru lahir. Kekurangan lampin ini hanya perlu beli saiz lain apabila bayi mula membesar. Pasaran sekarang banyak yang jual dalam bentuk set.

Fitted Cloth Diapers

Fitted Diapers ciri-ciri kebiasanya ada getah atau zap (Velcro).  Ianya diperbuat daripada cotton, hemp, bamboo yang menyerap cecair yang mana ianya tidak waterproof.  Jadi, ia perlu digunakan bersama diaper cover. Selain daripada menyerap cecair, kelebihan diaper jenis ini juga boleh menampung cecair kerana ada leg elastik. Sifat dia tidak waterproof dan juga mahal menjadikan ianya satu kelemahan berbanding prefold diaper.

Pocket Diapers

Pocket diaper ni paling moden menjadi pilihan ibu-ibu. Juga ada dua jenis sama ada zap Velcro atau butang katup (saya cadangkan zap). Lampin ini bahagian luarnya berpoket dan mempunyai lapisan kalis air yang diperbuat daripada kain Polyurethane Lamina (PUL). Bahagian dalamnya pula diperbuat daripada fabric kekal kering. Kelebihannya sangat senang digunakan dan jimat masa (walaupun ambil masa untuk buka cabut inserts). Di samping ‘easy to use’, ianya mampu untuk kekal kering dalam jangka masa yang lama dan pelbagai inserts boleh digunakan untuk menyerap kebasahan. Tetapi ingat jangan biar lama-lama pulak nanti bayi dijangkiti bakteria.

Kesimpulannya, ianya terpulang kepada ibu ibu untuk memberi pakai si kecil lampin kain atau tidak. Lampin mana yang terbaik itu juga terpulang kepada ibu-ibu mengikut citarasa masing-masing. Anda perlu try and error dan pilih lampin mana yang sangat sesuai untuk si bayi. Sekian.

 

 

By |2018-06-09T09:32:33+00:00June 9th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment