Elakkan Perkara Ini Sewaktu Bersalin

Home » Tateh Blog » Elakkan Perkara Ini Sewaktu Bersalin

Elakkan Perkara Ini Sewaktu Bersalin

Persekitaran

Elakkan persekitaran yang negatif. Ianya boleh memberi kesan terhadap bayi anda. Contohnya, bergaduh dengan suami, bergaduh dengan keluarga, tidak sukakan doktor atau jururawat yang bertugas, tidak suka akan hospital atau prosedur hospital dan sebagainya. Semua perkara ini boleh diselesaikan dengan baik dan mempunyai 1001 kaedah untuk diselesaikan. Oleh itu, jangan biarkan perasaan negatif ini menyelubungi diri anda, terutamanya ketika sakit bersalin. Memohon maaf kepada semua orang yang dikenali adalah lebih baik.

Jangan takut

Jangan dengan akan perkara negatif daripada masyarakat sekililing akan sakitnya bersalin. Hal ini akan membuatkan diri sendiri dibelenggu rasa lebih takut dan tidak yakin. Ianya hanya permainan minda. Ketakutan akan menyebabkan seseorang itu tertekan dan gangguan emosi. Berfikiran negatif akan sesuatu perkara yang tidak pasti adalah tidak bagus sebaiknya diserahkan kepada yang Maha Esa dan berdoa. Apabila seseorang tertekan, tubuh badan secara automatic tidak dapat menghirup udara segar , dada seakan sempit di tambah pula sakit bersalin yang akan mengakibatkan keadaan seseorang itu bertambah buruk. Oleh yang demikian, anda perlu mempelajari, membaca banyak buku dan mencari ilmu sebelum proses bersalin. Dapatkan juga khidmat nasihat daripada orang yang berpengalaman seperti ibu anda supaya anda sentiasa bersedia dan yakin dan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Jangan menangis jangan menjerit

Dua perkara ini hendaklah dielakkan kerana ianya perkara yang sia-sia dan membazir tenaga. Simpan tenaga hanya untuk meneran sahaja. Emosi akan terganggu apabila menangis yang mana akan membuatkan anda merasa lebih stress dan menambah kesulitan kepada bayi anda. Proses meneran yang betul adalah tanpa suara. Menjerit akan mengurangkan tenaga anda yang mana boleh digunakan untuk menera. Sesungguhnya, wanita kaum hebat, sakit itu penghapus dosa, jika anda mati ianya syahid.

Air Kosong

Tubuh seseorang sangat memerlukan air terutama sekali ketika mengandung. Setiap sel dalam badan memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Ingat, jika anda dehidrasi anda berisiko tinggi untuk menjejaskan proses kontraksi. Pastikan anda sentiasa cukup air walaupun anda sedang melawan kesakitan. Si suami haruslah memainkan peranan penting, bawalah bekas minuman  yang lengkap dengan penyedut minuman bagi memudahkan si isteri untuk minum bila-bila masa sahaja.

Bayi Posterior

Bayi posterior ialah bayi berkedudukun anterior (hadapan) tulang belakang bayi dalam perut ibu adalah pada tulang belakang ibu. Ianya berbeza dengan bayi songsang. Hal yang demikian, ibu mengandung akan mengalami sakit belakang yang sangat-sangat. Rujuklah kepada doktor pakar kerana ad acara untuk memusingkan bayi supaya dalam keadaan normal. Ianya juga dapat memudahkan proses kelahiran bayi.

Induce

Sakit bersalin akan bertambah-tambah sakit apabila kerana tubuh berinteraksi dengan ubat. Ubat yang digunakan untuk menyuntik , untuk memecahkan ketuban. Induce akan berlaku apabila kehamilan melebihi tempoh (overdue) dan dikhuatiri akan menjejaskan bayi dalam kandungan lemas kerana tidak mendapat nutrient sebaiknya daripada plasenta. Selain itu, air ketuban pecah tetapi serviks tidak terbuka atau perlahan bukaannya. Masalah pada bayi juga menjadi salah satu sebab ibu di ‘induce, contohnya, jantung bayi berdenyut tidak normal atau pertumbuhan bayi yang terjejas. Oleh itu, makanlah makanan yang seimbang bagi memudahkan proses bersalin.

 

By |2018-06-12T13:47:20+00:00June 12th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment