Hamil? Apa yang perlu anda tahu?

Home » Tateh Blog » Hamil? Apa yang perlu anda tahu?

Hamil? Apa yang perlu anda tahu?

Positif hamil? Apa reaksi anda apabila dapat tahu anda mengandung? Mesti mix-feeling kan. Mungkin ini antar monolog anda?

“Syukur Alhamdulillah, Ya Allah”

“tak sabarnya nak jadi mama”

“ala nanti gemuk la”

“mampu ke aku kandung beban ini selama 9 bulan”

“sihatkah bayi aku?”

“nak kena buat apa ya?”

Jangan  risau! Anak ialah rezeki yang tidak ternilai. Jom ikuti tips ini sebaik sahaja anda dapat tahu anda hamil ^^

Sujud syukur

Perkara paling pertama yang seeloknya dilakukan oleh muslimin muslimat ialah sujud syukur atas kurniaan yang diberi. Solat hajat dan berdoa agar Allah sentiasa memelihara zuriat sepanjang kehamilan mahupun selepas kelahiran.

Berat badan

Ketahui berat badan anda sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Ianya sangat penting. Mengetahui berat badan sebelum mengandung sangat penting untuk rekod kesihatan. Pemantauan ini sangat perlu untuk mengetahui sama ada ibu kurang makan atau terlebih makan ketika mengandung. Jika kurang makan bahaya untuk kandungan, jika terlebih makan juga bahaya kerana pelbagai masalah kesihatan boleh timbul seperti kencing manis.

Pemeriksaan di klinik

Kebanyakkan wanita akan buat ‘pregnancy test’ di rumah sahaja apabila mereka tidak datang bulan buat seketika. Ada yang buat test sampai 2 3 kali untuk mengesahkan kerana tidak percaya. Dah tak percaya, pergi jumpa doktor. Kepastian yang 100% tepat apabila anda buat ujian di hospital atau klinik. Ianya lagi bagus kerana doktor akan menilai kesihatan anda juga janin anda yang dalam kandungan itu.

Vitamin/Supplemen

Vitamin atau supplemen boleh diambil ketika mengandung atas saranan doktor. Ianya bagus diambil untuk wanita mengandung kerana mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan bayi dan juga untuk diri sendiri. Sebagai contoh, asid folik, zat besi dan kalsium.

Gambar

Teknologi dah moden, ambil gambar sebelum dan sepanjang kehamilan. Bandingkan. Percayalah, anda akan lebih seronok kerana ketika mengandung muka akan berseri-seri. Selain itu, ianya salaha satu perkara yang mendorong anda untuk kekal kurus selepas melahirkan anak.

Diari

Tulis apa yang anda lakukan setiap hari sepanjang kehamilan. Apa yang anda makan. Apa yang anda mengidam. Apa perubahan yang berlaku. Beli online je diari tu banyak yang comel-comel. Tujuannya adalah bagi memastikan kita boleh melihat perkembangan juga perbandingan. Ianya juga sangat indah yang anda tidak akan lupakan.

Losyen

Sapukan losyen di seluruh anggota badan terutama perut dan peha. Hal ini kerana ketika mengandung badan kita akan membesar secara mendadak ataupun tidak yang mana akan menghasilkan stretchmark. Contohnya, di bahagian perut, dada, peha dan punggung. Gunakan seawall kehamilabn supaya ianya tidak menjadi teruk. Boleh dapatkan pelbagai jenis losyen di www.tateh.com.my  .

Kesimpulannya, sentiasalah jaga kesihatan dan emosi anda. Insya-Allah permudahkan segala urusan.

 

 

 

By |2018-06-06T12:07:45+00:00June 6th, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment