Hati-hati jika anda ada symptom ini mungkin diabetes

Home » Tateh Blog » Hati-hati jika anda ada symptom ini mungkin diabetes

Hati-hati jika anda ada symptom ini mungkin diabetes

Ibu mengandung mempunyai potensi tinggi untuk terkena diabetes gestasi. Ibu mengandung perlu tahu tanda-tanda ini bagi membolehkan kita mencegah supaya bacaan gula tidak terlalu tinggi yang mana akan menyebabkan komplikasi semasa bersalin nanti. Walaubagaimanapun tidak semua wanita akan menghidap diabetes jika ada semua tanda-tanda berikut. Sebelum itu, ayuh ketahui faktor diabetes terlebih dahulu:

  • >35 tahun ke atas
  • Keturunan
  • Pernah melahirkan bayi besar (>4kg)
  • Wanita yang hamil kembar

Terlalu dahaga

Secara saintifiknya tersangat dahaga ini dikenali sebagai polydipsia. Ibu hamil yang mengalami pelbagai perubahan terhadap tubuhnya adalah normal tetapi hati-hati jika anda terlalu dahaga walaupun kerap minum air. Ianya ialah antara symptom diabetes gestasi yang perlu diambil tahu oleh ibu-ibu mengandung jika ianya terjadi yakni mulut akan tersangat kering sehingga bibir luka dek berpunca daripada dehidrasi. Hal ini kerana glukosa akan terkumpul dalam darah yang menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih aktif untuk menyerap dan menapis gula yang berlebihan. Apabila buah pinggang anda tidak lagi mampu untuk menapis, gula yang berlebihan itu akan dikeluarkan melalui air kencing bersama dengan cecair yang ditarik daipada tisu badan sekaligus menjadi punca utama anda kerap dahaga kerana hidrasi.

Kerap buang air kecil

Apabila anda terlalu dahaga anda akan minum air banyak dan buang air banyak. Air yang tidak dapat diserap dalam darah terpaksa keluar sebagai air kencing. Sila ambil tahu apabila anda kerap buang air kecil dalam jumlah yang sangat banyak dan luar biasa. Akan tetapi simptom ini jarang berlaku walaupun si ibu itu menghidap diabetes. Walaubagaimanapun, kerap kencing juga tanda biasa awal kehamilan.

Penglihatan tidak jelas

Antara salah satu tanda lain ialah anda akan mengalami gangguan penglihatan yakni agak kabur dan mungkin terpaksa berkaca mata. Hal yang demikian disebabkan oleh gula darah terlalu tinggi atau kekurangan gula di bawah paras normal, bahagian dalam mata akan membengkak dan gula yang tinggi yang menarik tisu di bahagian mata yang menyebabkan kabur untuk sementara waktu.

Letih melampau

Kebiasaannya, sesetengah ibu mengandung akan berasa sangat letih sepanjang masa tidak kira waktu walaupun sukar untuk membezakan letih normal atau tidak. Apabila badan dalam keadaan terhidrat badan akan menjadi lemah kerana kekurangan tenaga dan gula yang berlebihan. Secara tidak langsung anda akan sentiasa mengantuk. Hingga ada sesetengah ibu mengandung tidak mampu langsung untuk bangkit dari pembaringan kerana terlalu penat.

Gusi bengkak

Gusi akan bengkak dan merah. Sistem imunisasi dalam badan akan menurun dan menjadi lemah. Apabila sistem imun semakin kurang ianya akan menyebabkan badan kurang melawan jangkitan kuman. Tanda secara fizikal yang paling jelas ialah gusi. Segera berjumpa dengan doktor jika kerap sakit gusi. Kadangkala gusi bengkak ini disebabkan tumbuh gigi yang mana ianya juga perkara normal dalam kalangan ibu mengandung.

Keseluruhannya, diabetes dapat dielakkan dengan pemakanan yang seimbang sejak dari awal kehidupan. Mengetahui tanda-tanda seperti di atas hanyalah untuk mengawal bacaan supaya tidak terlalu tinggi.

By |2018-06-21T12:29:14+00:00June 21st, 2018|Kehamilan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment