Ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu akan perkembangan atau perubahan yagn berlaku pada bayi dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Artikel kali ini berkenaan warna najis bayi yang menandakan kesihatan mahupun pemakanan apa yang dimakan oleh bayi. Jangan pula ada ibu yang tak sanggup tengok najis bayi sendiri sampai tutup mata tutup hidung. Ada sesetengah ibu bapa akan risau terlebih apabila najis bayi mereka berubah-rubah. Ayuh kenali ‘poop’ bayi anda.

Mekonium Hitam

Semua bayi baru lahir antara 1-3 hari akan mempunyai najis bewarna hitam kehijauan yang mana sedikit melekit. Ianya normal dan tidak busuk. Meconium mengandungi mucus, hempedu, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair ketuban. Selepas 3 hari, ianya tidak lagi hitam meconium sebaliknya hijau tentera dan juga kurang melekit yang bermaksud bayi telah boleh hadam susu ibu.

Kuning Emas

Bayi menyusu dengan susu ibu biasanya najis bewarna kuning emas atau hijau atau coklat. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan bau kemanis-manisan. Rupa dia agak lembik tetapi bertekstur yang mana kelihatan seperti berbiji biji atau berketul seperti susu masam. Pada awal kelahiran bayi akan membuang air besar sejurus selepas menyusu badan. Normal. Normal juga bayi tidak membuang air besar selama 10 hari tanpa demam, meragam, muntah dan sangat aktif menyusu. Jika lebih 14 hari sila bawa berjumpa doktor.

Kuning Pucat

Apabila bayi telah mula minum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Daripada susu formula ini, najis bayi akan lebih kenyal dan besar serta bau yang agak kuat berbanding bayi yang meminum susu ibu. Oleh yang demikian, pastikan bayi membuang air besar sekali sehari bagi mengelakkan sembelit.

Merah darah

Najis yang bewarna merah darah mungkin disebabkan alahan pada susu protein. Jika ia berlaku ketika cirit-birit, ianya mungkin jangkitan bakteria. Selain itu, ianya mungkin juga disebabkan luka pada usus atau rectum ataupun anus. Simptom cirit birit, najis akan cair dan dalam jumlah yang banyak juga lebih kerap.

Kehijauan

Najis yang mengandungi mukus akan jelas kelihatan lendir. Ini bermakna bayi anda terkena jangkitan kuman. Kebiasaanya, alergik. Sila bawa berjumpa dengan doktor bayi dengan kadar segera.

Sembelit

Sembelit akan jelas menunjukkan najisnya menjadi keras, berketul-ketul dan kering. Sembelit tidak akan terjadi jika bayi minum susu ibu kerana susu ibu mengandungi kandungan seimbang dari segi protein dan lemak juga enzim pencernaan. Bagi mengelakkan sembelit, pastikan bayi anda dapat  serat yang mencukupi.