Pesanan Ibu Mengandung Raya

Home » Tateh Blog » Pesanan Ibu Mengandung Raya

Pesanan Ibu Mengandung Raya

Ibu mengandung tapi excited nak beraya, nak makan macam-macam walaupun kandungan telah menjangkau usia 8 bulan. Boleh ya ibu-ibu. Nanti lepas bersalin anda perlu berpantang jadi inilah masanya. Akan tetapi jangan main redah. Ingat, anda mengandung ya. Jom ikuti tips ini.

Balik kampung

Berhentilah di R&R yang terdekat, jika perjalanan balik kampung anda jauh yang memakan masa lebih daripada 4 jam lamanya. Kebiasaannya, ibu mengandung ni kerap buang air kecil. Beritahu suami anda awal-awal. pastikan dia tahu. Jangan beritahu last minit. Tambahan pula, anda bileh meregangkan otot-otot dan sendi anda.

Bau

Ada sesetengah wanita mengandung mudah berasa mual apabila menghidu sesuatu bau. Pastikan anda sentiasa membawa lemon. Potong du a lemon dan simpan dalam bekas yang sesuai. Apabila anda mual, hidu sahaja bau lemon itu. Selain itu, jangan lupa jeruk atau asam awak ya. Anda boleh gantikan jeruk dengan air asam jawa.

Bantuan suami

Masa inilah anda gunakan sumai anda. Persiapan sebelum raya semasa dan selepas jangan lakukan seorang diri. Apabila sedara mara sahabat handai datang ke rumah, sudah tentu anda perlu menjamu tetamu. Ingat ibu-ibu, jangan terlalu lama berdiri masak dan  mencuci pinggan. Minta suami yang lakukan. Kalau nak mudah gunalah pinggan cawan yang pakai buang.

Kasut Raya Selesa

Fashion, fashion juga, pastikan anda membeli dan memakai kasut yang betul dan selesa. Al-maklum, beraya sudah tentu banyak berjalan. Pastikan kasut raya anda ‘arch support’. Seeloknya jangan pakai high heels, selipar jepun pun boleh. Haha.

Beg ibu & bayi

Seperti semua ibu tahu, anda perlu menyediakan pakaian dan keperluan spare untuk anda juga bayi. Letak sahaja di dalam kereta. Kontraksi bila-bila sahaja boleh berlaku, tengah syok-syok beraya pun boleh.

Buku Merah

Jangan lupa buku merah ya! Buku paling penting ketika hamil. Nak-nak lagi kampong jauh nun pantai timur sana. Manalah tahu tiba-tiba baby pun nak raya, dah nak beranak. Hal ini kerana, semua rekod kesihatan anda ketika mengandung tersenarai dalam buku merah ini yang mana dapat memudahkan doktor untuk membuat keputusan jika sesuatu berlaku tanpa diduga.

Tidur cukup

Tidur awal, tidur cukup. Satu hari beraya, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Masuk tidur seawal mungkin selepas pembersihan diri sebagai persiapan raya di esok hari. Ibu perlu tahu, ibu-ibu tidak akan cukup tidur apabila dah bersalin nanti.

Gambar

Akhir sekali, sudah tentu jangan lupa ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Dalam bentuk polaroid lagi cantik.

Selamat beraya. Salam Aidilfitri daripada kami warga tateh.

By |2018-06-13T11:10:34+00:00June 13th, 2018|Kehamilan, Uncategorized|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment