Islam mengalakkan ibu-ibu untuk memberi susu badan selama 2 tahun. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir yang memberi peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. ianya mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan lemak yang sangat sempurna. Selain itu, ia mampu membantu mengubah kuantiti keperluan dalam permakanan harian bayi. Antibodi yang membantu perlindungan tubuh bayi daripada jangkitan yang dapat mengurangkan risiko alergi secara tidak langsung menjadikan susu ibu ini susu paling berkualiti tinggi dan sangat bernilai.

Sistem imunisasi

Kandungan susu ibu yang mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk bayi membolehkan sistem imunisasi bayi kuat. Kajian mengatakan, susu ibu dapat mengurangkan penyakit kanser pada zaman kanak-kanaknya, kerana susu ibu mengandungi antibodi dan vaksin yang baik.

Tinggi IQ

Susu ibu dapat membantu bayi dalam pertumbuhan tisu saraf kerana kandungan lemak dan kolestrol dalam susu itu.

Jantung

Kandungan kolestrol yang rendah dalam susu ibu dapat membantu si bayi apabila dia dewasa kelak. Tambahan pula, ianya juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana kadar degupan jantung bayi rendah.

Sendi otot

Memberi susu ibu kepada bayi selama 2 tahun dapat mengurangkan sakit sendi atau otot bayi.

Mulut

Susu ibu membantu perkembangan otot muka menjadi lebih baik.

Lidah

Susu ibu yang paling disukai bayi ini mengandungi pelbagai rasa yang mana membuatkan si kecil boleh menerima pelbagai rasa makanan pejal kekal. Ianya diibaratkan ‘the beginning of taste’ untuk bayi. Susu pelbagai rasa ini lebih lazat berbanding susu formula yang hanya mempunyai satu rasa yang sama sahaja.

Sistem pernafasan

Kelebihan paling utama menyusu bayi dengan susu ibu ialah dapat  mengurangkan selsema, pneumonia, nafas berbunyi dan jangkitan pernafasan.

Sistem penghadaman

Kajian membuktikan bahawa susu ibu dapat mengurangkan cirit-birit. Tambahan pula, ianya juga dapat mengurangkan risiko alergi kepada makanan jika si ibu memberi susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih tanpa susu formula. Selain itu juga dapat mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila anak anda dewasa kelak.

Tekak

Susu ibu dapat mengurangkan penyakit tonsil bagi bayi.

Telinga & mata

Susu ibu dapat mengurangkan jangkitan ‘cliché’ telinga dan mata kepada bayi. Penglihatan bayi juga lebih tajam dan dapat memberi fokus terhadap sesuatu objek dengan cepat.

Kulit

Dapat membantu mengurangkan alahan kepada kulit bayi yang mana sesetengah mereka sangat sensitive terhadap habuk dan serangga.

Usus, Saluran Kencing, Apendiks

Bayi anda akan kurang sembelit, kurang jangkitan pada salur kencing, dan mengelakkan bayi daripada terkena apendiks. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada cara pemakanan yang diberikan oleh si ibu juga.