Tips menghindari bayi songsang

Home » Tateh Blog » Tips menghindari bayi songsang

Tips menghindari bayi songsang

Bayi songsang antara perkataan ngeri abad ini. Secara santifiknya, bayi lahir songsang adalah normal jika anda bersalin tidak cukup bulan. Kebiasaannya, doktor puan akan mendiagnosis kandungan apabila kandungan mencecah minggu ke 36 sama ada normal atau songsang. Pada ketika ini bayi semakin membesar yang mana agak sukar untuk bergerak secara tidak langsung agak sukar untuk mengubah kepalanya ke bawah.

Ada 3 jenis posisi bayi sonsang

  • Songsang tak sempurna

Satu bahagian kaki janin berada di atas dan satu bahagian lagi berada di bawah.

 

  • Songsang sempurna

Punggung janin berada di atas pintu rahim manakala kedua-dua kaki terlipat sempurna, menghadap sejajr dengan telinga. Janin akan kelihatan seperti membongkok.

 

  • Frank Breech

Punggung janin berada di bawah, kedua-dua kaki menhadap atas yang berada hampir dengan telinga. Posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kajian menunjukkan 65-70% janin songsang adalah posisi jenis frank breech.

Berikut merupakan tips untuk mengelakkan agar bayi tidak songsang

  • Bersenam

Sentiasa bersenam senaman ibu hamil. Sebagai contohberenang akan membuatkan otot perut berada dalam keadaan santai dan memberi sedikit ruang untuk bayi bergerak.

 

  • Sujud

Rajinkan bersenam selama 10 minit dalam posisi sujud sebanyak 2 kali setiap hari pada waktu pagi dan petang. 92% kajian mengatakan ianya dapat mencegah bayi songsang. Lakukan secara teratur dan betul. Selain daripada itu, ibu mengandung  juga boleh praktikkan merangkak seperti nak ambil barang seperti majalah ke handphone di atas meja secara merangkak. Ianya dapat menarik kepala ke bawah.

 

  • Torchlight

Halakan torchlight atau torchlight handphone anda bagi menarik perhatian bayi dalam kandungan. Suluh ke arah kepala bayi, perlahan lahan bergerak ke arah saluran kelahiran. Kepala bayi boleh mengikuti pergerakan cahaya.

 

  • Zikir dan Muzik

Dengan memainkan alunan zikir dan musik secara tidak langsung dapat membantu bayi untuk berada dalam kedudukan normal. Si ibu atau si suami boleh membantu untuk meletakkan pembesar suara ‘speaker’ menghala ke saluran kelahiran. Justeru, kepala bayi akan bergerak ke kelahiran.

 

  • Objek

Anda boleh meletakkan benda sejuk seeperti air tin sejuk menghala ke kepala bayi yang mana akan menyebabkan kepala bayi menjauhi kawasan sejuk itu. Letakkan di atas perut sehingga bayi menjauhi bahagian atas perut anda menghala ke saluran kelahiran.

 

  • Doa

Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan sesi bersalin secara normal tanpa komplikasi. Insyaallah, bayi anda lahir sihat walafiat. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah.

 

By |2018-06-26T16:09:24+00:00June 26th, 2018|Uncategorized|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment