Melatih anak ke tandas tanpa pampers adalah salah satu perkara yang mencabar dalam melatih perkembangan si kecil. Anda boleh ajar si kecil ke tandas atau dikenali sebagai ‘potty training’ sekurang-kurangnya dua tahun anda perlu latih si kecil perlu bercerai lampin secara perlahan-lahan. Ianya perlu dan sangat penting kerana ianya peringkat pertama si kecil mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri. ‘Potty training’ adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan buat si ibu yang mana anda perlu sentiasa berfikiran positif. Jangan lakukan latihan ini jika anda akan pergi bercuti dalam masaa terdekat. Ianya memerlukan masa kira-kira satu bulan. Berikut merupakan tips yang boleh diterapkan oleh ibu bapa bagi melatih anak anda ke tandas dan membuang air dengan sendiri.

Konsisten

Ibu bapa tunjang utama dalam pendidikan potty training ini. Anda perlu konsisten dan sentiasa bersemangat tinggi. Jadikan ianya sebagai matlamat utama dan tampal di tempat yang senang dilihat seperti peti ais. Jika anda sendiri tidak konsisten, bagaimana anak anda boleh belajar dengan sendiri? Anda boleh praktikkan ‘say no to diaper’ secara konsisten siang dan malam. Boleh cuba untuk waktu siang sahaja secara perlahan-lahan tidak perlu langsung memakai diaper. Belilah tilam pelapik kalis air. Basuh pelapik tu sahaja.

Pembelajaran

Anda perlu bersedia 100% untuk menjalani proses latih tubi potty training ini. Gunakan peralatan yang betul. Tandas dewasa sedikit besar dari si kecil maka agak sukar untuk si kecil membuang dengan selesa. Belikan mereka tandas khas untuk kanak-kanak. Hias tandas itu untuk menarik perhatian mereka untuk membuang di tempat yang betul di tandas. Ajar mereka untuk bercakap ‘mama, nak kencing’ ‘mama, nak berak’. Komunikasi sangat penting sebelum ke tandas. Pastikan anak anda tahu fungsi tandas itu yang paling utama.

Kanak-kanak lelaki

Anak lelaki cara dia buang air kecil dan air besar lain. Pastikan si kecil belajar buang air secara duduk atau cangkung terlebih dahulu sebelum mengajar berdiri dan mengacu. Selain itu, ajar si kecil menolak kemaluan ke bawah bagi mengelakkan tergesek dengan pengawal percikan. Apabila anda yakin dia sudah boleh membuang air secara betul, ajar dia kencing secara berdiri pula. Ingatkan dia jangan berak berdiri pula. Ajar cara acu ke mangkuk tandas dan cara bersihkan hujung kemaluan. Oleh itu, peranan bapa sangat penting. Akan tetapi jika anda ibu tunggal, jangan risau, jika ada abang gunakan abang anda.

Kanak-kanak perempuan

Kanak-kanak akan lebih cepat belajar atau meniru melalui apa yang dilakukan oleh si ibu. Biarkan mereka melihat cara anda buang air kecil secara duduk. Pastikan anda ajar mereka cara membersihkan dan lap kemaluan dengan cara yang betul. Beritahu mereka kesan jika tidak lap sehingga kering.

Air

Jika anda telah mengamalkan potty training, pastikan si kecil tidak minum air seperti jus yang terlalu banyak sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan si kecil kencing ketika tidur secara tidak langsung si kecil akan kekal kering sepanjang malam. Kebiasaannya, potty training pada waktu malam ini datang kedian dari waktu siang. Ianya tidak akan membuatkan si kecil stress dan sentiasa mengamuk.

Oleh itu, perkara paling penting jangan banding-bandingkan anak anda dengan anak-anak yang lain. Perhatikan sahaja untuk maklumat tersendiri. Ianya perlu kesabaran yang sangat tinggi. Jangan sesekali marah atau tinggikan suara anda.