Cara Terbaik Memilih Tilam Bayi

Home » Tateh Blog » Cara Terbaik Memilih Tilam Bayi

Cara Terbaik Memilih Tilam Bayi

 

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli tilam untuk bayi anda.

Bahan organik

Walaupun mahal, kajian mengatakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bahan organik dapat memberi lebih keselesaan sepanjang si kecil anda tidur. Ianya juga dapat mengurangkan bayi anda diserang penyakit berbahaya. Contohnya, bahan seperti kekabu atau kacang hijau yang mana selamat untuk keselamatan dan kesihatan bayi.

Saiz

Saiz yang sederhana adalah yang terbaik, jangan terlalu kecil jangan terlalu besar. Jika kecil tidak sesuai kerana bayi akan membesar dan jika terlalu besar macam tak cantik pula kan.

Mudah cuci

Beli tilam yang boleh di sarungkan cadar dengan mudah. Hal ini kerana berkemungkinan besar bayi akan lampin bayi bocor dan akan membuatkan tilam kotor. Maka, jika ada cadar ibu boleh menukar cadar itu dengan cadar yang lain lebih mudah. Pastikan anda mempunyai banyak cadar lebih untuk lebih memudahkan urusan harian anda.

Pengudaraan yang Baik

Pilihlah tilam yang sesuai untuk kesihatan bayi anda. Contohnya, tilam jenis foam. Tilam ini adalah yang paling ringan dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja di dalam mahupun luar negara. Lagi bagus kalau anda beli tilam ni siap sekali dengan beg khas dia. Tilam ini tidak panas. Jika tilam panas bayi akan berpeluh yang mana bayi akan diserang ruam atau merah-merah. Kita orang dewasa pun kalau tilam panas kita pun berpeluh dan gatal-gatal. Tilam yang akan menyebabkan anda atau bayi berpeluh ialah tilam yang tidak mempunyai pengudaraan yang bagus.

Keselesaan

Keselesaan bayi adalah perkara paling penting. Baringkan bayi anda atas tilam dan lihat juga rasai keselesaannya. Jika anda berasa selesa, berkemungkinan besar bayi akan merasai benda yang sama. Di samping itu, pastikan permukaan tilam itu lembut dan selamat untuk bayi anda. Jika anda ingin tidur bersama bayi, anda digalakkan untuk membeli tilam double side. Tilam biasa anda tidak digalakkan untuk tidur bersama bayi dikhuatiri bayi tidak selesa, terhimpit bayi atau kesukaran bayi untuk bernafas.

Ketebalan

Jangan terlampau tebal jangan pula terlampau nipis juga jangan terlalu keras. Anda boleh dapatkan saranan penjaga kedai. Apabila tilam terlalu tebalbayi agak sukar untuk bergeral. Berkemungkinan besar bayi belajar meniarap akan terlewat.

 

By |2018-07-05T17:15:52+00:00July 5th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment