Mama papa perlu tahu 10 perkara ini

Home » Tateh Blog » Mama papa perlu tahu 10 perkara ini

Mama papa perlu tahu 10 perkara ini

Berikut merupakan tips paling utama bagi penjagaan bayi baru lahir.

Memegang bayi baru lahir                     

Bahu dan kepala bayi sangat penting. Pastikan anda menyokong bahagian bahu dan kepala bayi dengan betul. Pegang kepala bayi apabila anda mendukungya dan sokong kepala apabila hendak mengangkat atau membaringkannya. Jangan sesekali goncang bayi walaupun sedang menangis. Ianya bahaya jika terlalu kuat yang mana boleh mengakibatkan Sindrom Goncang Bayi ( Shaken Baby Syndrom) yakni pendarahan dalam otak. Cara yang betul ialah sentuh perlahan di bahagian mulut dan bukakan bedungnya supaya bayi tersedar dari tidur.

Mandikan bayi dengan air suam

Sebelum mandikan bayi, pastikan anda menyediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya supaya si ibu tidak kelam kabut. Mandikan bayi sekurang-kurangnya sekali sehari. Jangan tak mandi dan jangan juga mandi terlalu kerap. Pastikan udara bilik mandi tidak terlalu sejuk atau panas bagi mengelakkan bayi tidak selesa. Mandikan bayi dengan air suam, jangan sesekali menggunakan air sejuk dan panas. Air sejuk boleh meningkatkan metabolisme tubuh bayi sehinggakan makanan yang dimakan oleh bayi akan cepat habis kerana telah digunakan untuk memastikan suhu tubuh seimbang. Bayi akan cepat lemah, hilang tenaga dan berisiko tinggi jatuh sakit.

Pusat bayi

Tunggul pusat bayi perlu dicuci, pastikan ianya sentiasa kering dan bersih. Bagi bayi  baru lahir yang belum tanggal tali pusat, sapu bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih (alcohol swab) selepas mandi bagi mengelakkan jangkitan kuman sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya. Tali pusat akan tertanggal dengan sendirinya dalam jangka mas 8 hingga 12 hari selepas kelahiran.

Kulit dan Ruam

Kebiasaannya, kulit bayi baru lahir akan mengalami pengelupasan dan kekeringan. Ianya proses semulajadi kerana kandungan minyak kulit bayi masih belum stabil. Elakkan pengunaan sabun atau pembersih badan yang terlalu kuat dan tidak sesuai untuk bayi bagi memastikan kulit bayi sihat, licin dan halus. Air biasa sahaja sudah memadai dan terbaik. Pada bahagian hidung dan beberapa bahagian tubuh bayi aka nada tompok-tompok merah seperti ruam. Jangan risau kerana ianya akan hilang dengan sendirinya.

 

Menyusu dan sendawa

Pastikan si ibu sendawakan bayi selepas bayi menyusu bagi mengelakkan bayi kembung perut. Pakar mengalakkan ibu yang baru bersalin menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan. Hal ini demikian khasiat susu ibu penting semasa penyusuan untuk 6 bulan pertama. Ada dua cara untuk sendawakan bayi sama ada dudukkan dia atau letakkan di atas bahu kemudian tepuk (haa tepuk) atau urut belakangnya dengan lebut jangan kuat jangan kasar sehingga bayi sendawa. Hal ini boleh mengelakkan masalah kembung perut dan terjeluak.

Bedung

Bedung bayi akan membuatkan bayi tidur dengan lena. Ianya disebabkan bedung boleh mengurangkan daripada terkejut dan tidurnya tidak terganggu. Walaubagaimanapun, selepas bayi berusia 1 bulan, jangan bedung di kakinya, biarkan ianya terbuka.

 

By |2018-07-23T17:33:18+00:00July 23rd, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment